Sokongan masyarakat Cina di Perak meningkat?!

Sokongan masyarakat Cina di Perak terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat apabila DAP terbukti gagal berkhidmat untuk pengundi negeri ini, kata


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Beliau berkata, masyarakat Cina di negeri ini sudah faham bahawa DAP mengenepikan Perak dan menumpukan
perhatian untuk meraih sokongan di negeri Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Pemimpin DAP berpendapat mereka di Perak mesti menang dan masyarakat Cina tak ada pilihan lain melainkan pangkah roket. Mereka begitu yakin sehingga tidak berkempen di Perak berbanding di Johor.
“Mereka berpendapat kerusi yang menang dapat dipertahan tanpa memberi apa-apa perkhidmatan. Berbanding di Johor, mereka turun menyerang BN habis- habisan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah gelanggang bola keranjang di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lawan Kuda Baru di sini, hari ini.
Apabila ditanya mengenai dakwaan pembangkang kononnya BN menguasai Perak pada 2009 melalui rampasan kuasa, Dr Chua berkata itu tidak benar dan
sentimen itu tiada dalam kalangan masyarakat di negeri ini. “Rakyat mahukan wakil rakyat yang boleh berkhidmat dan menyelesaikan masalah dan bukan wakil rakyat yang mengeluarkan kenyataan untuk mengkritik orang lain,” katanya. Pada Pilihan Raya Umum 2008, DAP, PKR dan PAS yang masing-masing memenangi 18 kerusi, tujuh dan enam kerusi dewan undangan negeri menubuhkan kerajaan bagi menerajui pentadbiran negeri Perak berbanding BN yang mempunyai 28 kerusi.
Bagaimanapun, selepas 11 bulan, dua anggota DUN daripada DAP dan dua daripada PKR bertindak keluar parti dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN,
sekali gus memberi laluan kepada BN yang memiliki 28 kerusi DUN mengambil alih pentadbiran Perak secara rasmi pada 6 Februari 2009. BN menerajui
kerajaan negeri Perak dengan 28 kerusi sementara DAP-PKR-PAS dengan 27 kerusi manakala empat kerusi diwakili calon Bebas yang menyokong BN.
Sementara itu, Dr Chua berkata, dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan pembangkang mampu menang di enam negeri pada
PRU13 hanya sekadar mimpi. Sambil menyifatkan ramalan itu sebagai cakap-cakap politik, beliau berkata seperti janji Anwar sebelum ini yang mendakwa mahu membentuk kerajaan baharu pada 16 Sept 2008 namun perkara itu tidak berlaku malahan ramai yang meninggalkan PR pada masa itu. Beliau berkata,
apabila 32 daripada 34 pengasas PKR meninggalkan parti itu dengan menyatakan mereka tidak yakin dengan Anwar itu membuktikan ketua pembangkang
berkenaan suka membuat kenyataan politik yang tidak berasas. Semalam, dalam satu temu ramah khas dengan Channel News Asia, Anwar mendakwa
kononnya PR akan mengekalkan Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor malah mampu menguasai Perak dan Negeri Sembilan pada PRU13. 
Walkabout CALON-CALON BN 
PARLIMEN KUALA KANGSAR Di KG.TALANG

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*