Solat Jumaat Di Malaysia


Dibawah adalah lapuran daripada laman web www.mole.my yang sekali lagi mengulangi kegiatan kristianisasi yang semakin ketara akhir-akhir ini.

Malangnya ada dikalangan orang Melayu-Tanggang, termasuk yang mengaku pejuang Islam menganggap isu kristianisasi dan pemurtadan sebagai remeh. Sambil memperbetulkan serban yang meleret dan menyapu janggut yang sejemput, ada yang sampai buat kenyataan, “Putrajaya lebih penting. Dapat undi dan menang PRU 13 lebih penting daripada soal aqidah yang remeh ini!”…..Na’uzubillah min zalik!


Maka teman tidak hairan apabila Nor Azman @ Beginda, calon PRU 12 Sarawak mewakili PKR, yang juga saksi Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya, terbongkar cerita rupanya dia dah murtad dan keluar daripada Islam (terbongkar semasa kes anaknya membawa sosej babi di Sarawak terdedah dahulu), langsung tidak ada reaksi daripada para parasit dan mereka yang bersekongkol dengan cauvinis berotak kominis ni!

Na’uzubillah min zalik!

Kisah murtad Azman @ Beginda ni teman yang dedahkan dalam Parlimen, mike boleh layari hansard Parlimen untuk keterangan lanjut.

Malah teman lebih tidak hairan bila meletusnya isu cubaan kristianisasi yang disyaki dilakukan oleh Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), para parasit menjadi orang pertama mempertahankan pihak gereja itu! Walaupun terbukti gereja tersebut didirikan tanpa kelulusan! Walaupun terbukti secara rekod dan dokumen ada kegiatan kristianisasi!

Na’uzubillah min zalik! [LAGI SINI]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*