Special Report: Himpunan Sejuta Babi Part 2

Sememangnya pada pandangan peribadi PM, penjilat tegar pakatan rakyat yang akan berhimpun esok hari akan melakukan segalanya termasuk menimbulkan kekacauan bagi menimbulkan persepsi buruk negara luar terhadap kerajaan pemerintah negara. – http://lamanizzs.blogspot.com
Malahan sejak awal lagi, PM perhatikan print screen seperti di bawah sengaja disebarkan disetiap page dan grup FB yang berteraskan ideologi Pakatan Rakyat.

Bagi yang enggan menggunakan akal yang waras untuk menilai semula print screen di atas, PM amat pasti mereka akan percaya tanpa timbul walau sekelumit perasaan prejudis di lubuk hati mereka.


Bagi yang masih mahu meneliti, di sini bakal PM senaraikan isu berhubung print screen tersebut untuk sama- sama kita fikirkan;

  1. Kenapa perlu polis menyediakan sehingga 10,000 rekrut baru polis simpanan untuk menimbulkan kacau? Bukankah Ketua Polis sudah mengesahkan melalui Buletin Utama sebentar tadi bahawa tiada anggota FRU yang akan terlibat perhimpunan esok.
  2. Sekiranya benar print screen yang di kongsikan itu adalah dari anggota polis, kenapakah namanya tidak turut sama disiarkan kerana sekiranya diamati kembali, individu tersebut juga yang meminta agar ia disebarkan.
Pada pandangan PM, penyiaran print screen di atas tidak lebih sekadar untuk dijadikan alasan bahawa segalanya berpunca daripada tindakan anggota polis yang menyamar sekiranya tercetus sebarang perkara yang tidak diingini.

Maka dengan penyiaran print screen ini, Polis sekali lagi akan dijadikan kambing hitam untuk menghalalkan tindakan liar sebahagian besar peserta perhimpunan itu nanti.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*