Special Report: Himpunan Sejuta Babi Part 3


KETIKA Barisan Nasional menggarapkan perlaksanaan Pelan Transformasi dalam usaha memastikan negara kekal berada dalam keadaan teguh dan rakyat sentiasa di dalam kesejahteraan, pembangkang pula meneruskan usaha menghuru-harakan negara, menghasut dan mengganggu fokus kerajaan BN.

himpunan kebangkitan rakyat
Saban hari ada saja perancangan yang dilakukan pembangkang untuk mencari publisiti murahan. Himpunan dan demonstrasi diadakan seboleh-bolehnya setiap bulan atau beberapa kali sebulan yang mana menunjukkan yang pemimpin pembangkang benar-benar tiada kerja lain selain berpolitik siang dan malam.
Himpunan dan demonstrasi tersebut pula diadakan di atas berbagai-bagai alasan dengan menggunakan berbagai-bagai penyamaran antaranya, Himpunan Hijau dan Himpunan Oren. Bagaimanapun, himpunan yang menjadi tonggak penting kepada Pakatan Rakyat diberi nama Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Himpunan ini diadakan secara bersiri, bermula dari 3 November tahun lalu di Seremban dan menjelajah ke negeri-negeri lain hingga yang terakhir di Perlis pada 17 Disember lalu. Kemuncaknya adalah pada 12 Januari 2013 depan, jam 5 petang, iaitu penutup kepada siri himpunan ini yang dicadang diadakan di Stadium Merdeka dengan mensasarkan rakyat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Nampaknya, politik pembangkang ini benar-benar jenis politik hampas iaitu berhimpun ke sana ke mari, bercakap tak henti-henti tanpa membawa hasil apa-apa selain dari menyemarakkan kebencian, semangat perkauman dan perpecahan di kalangan masyarakat. Ia juga mengganggu rutin harian orang ramai dengan menghalang lalulintas, selain memberi gambaran negatif sekali gus membawa risiko buruk kepada ekonomi negara.
Maka tidak hairanlah apabila sokongan terhadap pembangkang semakin hari semakin berkurangan kerana rakyat di kawasan dan negeri yang diwakili mereka merasa tidak puas hati dan sangsi apabila kawasan sendiri tidak terjaga.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*