Suara Pemuda Dizahirkan Khairy

Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berlangsung pada 28 November baru-baru ini banyak menekankan kepada kepentingan generasi muda di Malaysia pada hari ini.

Dalam ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin banyak menyentuh kepada perkara yang berkait rapat dengan kehendak anak muda di Malaysia dan mendapat sokongan penuh daripada seluruh perwakilan yang hadir.
Dalam ucapan dasarnya, Khairy meminta agar pucuk pimpinan parti memberi lebih banyak peluang kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin. Ini adalah kerana, golongan inilah yang menjadi majoriti kepada penduduk Malaysia pada hari ini.
Sudah tentu golongan muda ingin suara mereka didengari. Hanya golongan muda yang dapat memahami kehendak dan keinginan golongan muda. Maka adalah lebih baik jika mereka ini diberi lebih peluang untuk mendapat tempat dalam kepimpinan di Malaysia.
Namun, dalam ucapannya juga menyatakan, Pemuda UMNO bukan ingin mensyaratkan sebarang kuota kepada pemuda-pemuda UMNO. Semuanya bergantung kepada keputusan dan kehendak pucuk pimpinan parti juga.
Selain itu, golongan muda yang muflis juga turut mendapat perhatian daripada Khairy. Memang benar, golongan inilah yang banyak menjadi muflis disebabkan oleh kesilapan-kesilapan mereka seperti kerugian dalam perniagaan, kawalan kredit yang lemah, penggunaan kad kredit yang tidak terkawal, tertipu dengan skim cepat kaya dan pelbagai lagi sebab yang akhirnya menyebabkan mereka terjebak dalam kerugian dan diisytiharkan muflis.
Khairy menyifatkan mereka yang muflis ini umpama pesalah jenayah sivil yang dikenakan hukuman gantung. Ini adalah kerana mereka tidak lagi dapat membuat sebarang pinjaman samada pinjaman peribadi, perniagaan, membeli kereta mahupun rumah serta kehilangan banyak hak mereka sebagai rakyat Malaysia.
Maka adakah wajar mereka ini terus dibiarkan terhukum dalam hukuman gantung ekonomi ini. Ucapan Khairy yang meminta agar syarat untuk golongan ini keluar daripada kepompong kebankarapan ini dilonggarkan sedikit dan mereka diberi peluang kedua untuk membaiki kesilapan mereka dan kembali ke landasan yang betul dalam pengurusan kewangan mereka.
Selain dari itu, ucapan Khairy agar golongan muda yang tidak mampu untuk mempunyai lesen memandu agar diberi bantuan seperti Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M). Ini adalah kerana, dalam setiap operasi yang dijalankan oleh pihak polis dan JPJ, pasti akan ada golongan ini yang disaman kerana tidak mempunyai lesen. Ada juga kes yang lebih teruk di mana mereka ini akan merempuh sekatan jalan raya polis dan menggadaikan nyawa mereka hanya disebabkan mereka ini tidak mempunyai lesen memandu.
Sampai bila golongan ini akan terus berada di dalam ketakutan risau akan dikenakan saman dan menggadaikan nyawa mereka jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti kemalangan dan sebagainya. Sudah tentu mereka ini tidak dilindungi insuran.
Maka dengan adanya cadangan daripada Khairy supaya mereka ini diberikan bantuan BL1M dan dikenakan separuh bayaran daripada kos untuk mengambil lesen memandu, pasti kes golongan ini tidak mempunyai lesen memandu akan berkurangan di masa hadapan.
Kehadiran kali pertama kumpulan mahasiswa penyokong kerajaan (Aspirasi ) ke persidangan pemuda UMNO kali ini juga menunjukkan bahawa golongan mahasiswa hari ini sudah bosan dengan penipuan demi penipuan pembangkang terhadap kerajaan.
Kemenangan besar gerakan Aspirasi semasa pilihanraya kampus baru-baru ini juga menunjukkan kecenderungan mahasiswa bersama kerajaan Barisan Nasional pada hari ini yang banyak membangunkan negara ini dan berjaya mengekalkan keamanan seluruh rakyat Malaysia.
Kelab-kelab pelajar luar negara yang menyokong kerajaan juga turut hadir sebagai pemerhati khas dalam persidangan pemuda UMNO kali ini juga menunjukkan golongan ini telah menaruh kepercayaan kepada UMNO dan juga Barisan Nasional. Khairy juga turut menyatakan Pemuda UMNO akan bergerak ke negara-negara timur tengah untuk berjumpa dan mengekalkan hubungan dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana dalam jangka masa terdekat.
Banyak lagi idea dan pandangan bernas daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO ini dalam ucapan dasarnya dan secara keseluruhannya, Pemuda UMNO dilihat sudah bersedia untuk menghadapi PRU ke13 tidak lama lagi. Semoga Pemuda UMNO akan terus menjadi sayap yang terkuat kepada UMNO dan tunjang kepada kekuatan generasi muda pada hari ini. [SUMBER]
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*