Suara Rakyat Atau Nafsu Anwar???


Tiada apa yang dibuat pakatan hinggakan ramai belia² dalam pakatan yang dulunya meramaikan dan menguatkan PAS kini sedikit demi sedikit meninggalkan PAS oleh kerana kepimpinan PAS hari ini yang alpa dan bengong mengikut telunjuk DAP/PKR yang pastinya mengundang kemarahan mereka bila janji dimungkiri dan tidak meletakkan keutamaan rakyat melebihi kehendak dan NAFSU ANWAR yang terlalu kecoh kepoh mahu menawan putrajaya sehinggakan kebajikan dan suara rakyat dibelakangi oleh Pakatan DAP…ops…PAKATAN RAKYAT kononya

KUALA NERANG 5 Dis. – Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota Pas Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di sini, yang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selepas kecewa dengan hala tuju Pas sekarang.
Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai Pas tiga tahun lePas, namun kecewa selepas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti.
“Mereka (pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasan khususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.
“Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih UMNO yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa Melayu,” katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di sini malam tadi.
Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin Pas di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan.
Beliau yang menyertai UMNO bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang pun pemimpin Pas menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang sedang sakit.
Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai UMNO.
Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota Pas yang menyertai UMNO tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi UMNO dan Barisan Nasional khususnya di Padang Terap.
“Saya dapat tahu ramai lagi bakal keluar Pas untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan mereka kerana UMNO tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita,” katanya.
Mahdzir berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam UMNO menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu.
Beliau turut berterima kasih kepada anggota Pas yang menyokong perjuangan UMNO. – BERNAMA

Kredit kepada: Awek Comel

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*