Subang Sudah Siap Siaga

UMNO Bahagian Subang kini sedang menggandakan usaha bagi memastikan jentera Barisan Nasional di setiap Pusat Daerah Mengundi dan cawangan kini bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran parlimen yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ketuanya, Datuk Bushro Mat Johor berkata, kini lebih daripada 90 peratus cawangan-cawangan yang berada di bawah bahagian Subang sudah bersiap sedia menunggu semboyan pilihanraya ditiupkan oleh Presiden parti tidak lama lagi.
“Kami di Subang membuat persiapan awal supaya segala gerak kerja bila tiba masa pilihanraya kelak akan berjalan dengan teratur. Kita telah memperkemas kinikan segala struktur jawatankuasa gerak kerja di setiap cawangan dan PDM, untuk memastikan jentera-jentera BN dalam keadaan bersiap siaga menghadapi kemungkin piliahnraya yang bakal diadakan pada bila-bila masa,” ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Menurut beliau lagi, UMNO Bahagian Subang juga telah terus melipat kali gandakan usaha memberi penerangan dengan merangka beberapa siri program penerangan di kawasan-kawasan PDM sekitar bahagian tersebut.
“Baru-baru ini kami mengadakan program penerangan bertempat di Bandar Baru Sungai Buloh di mana kami menjemput Ustaz Fathul Bari bagi menjelaskan isu-isu semasa dan menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan Pembangkang,” ujarnya.
Manakala Ketua Pemuda UMNO Subang, Datuk Harisson Hassan pula berkata, pemuda pula mengorak langkah untuk mendekati pemuda-pemuda di sekitar kawasan tersebut dengan mengadakan program turun padang, santai bersama pemuda dan sebagainya.
“Kita tahu bahawa golongan muda merupakan peratusan yang paling tinggi sebagai pengundi. Justeru itu, Pemuda Subang mengambil pendekatan untuk mendekati dan menyelami sebarang permasalahan yang dihadapi oleh anak muda di kawasan ini.
“Selain itu, kami juga secara berterusan mengadakan aktiviti-aktiviti sukan yang menjadi kegemaran pemuda seumpamanya bola sepak dan futsal dan Alhamdulilah setakat ini, kita menerima respon postif daripada anak-anak muda di sekitar kawasan ini,” jelasnya.
Jelas beliau, program yang melibatkan pengundi-pengundi muda ini dilihat penting untuk diadakan secara berterusan untuk memastikan bahawa UMNO sentiasa dilihat dekat dihati pemuda serta memahami denyut nadi dan inspirasi mereka sebagai pelapis kepimpinan negara di masa akan datang,” jelasnya. – MU
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*