Sumpah Bukan Saya Yang Diliwat

Kenyataan terbaru bapa kepada mangsa liwat Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim bahawa anaknya Saiful telah digunakan pihak tertentu untuk memusnahkan karier politik Anwar menerusi tuduhan liwat kedua sebenarnya tidak menggugat persoalan pokok berhubung isu berkenaan.

Timbalan Rektor Al-Madinah International Universiti Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata sama ada betul atau tidak apa yang didakwa oleh bapa kepada Mohd Saiful itu, ianya tidak mengganggu dakwaan oleh Saiful sebelum ini.
“Menurut perbincangan Feqah begitulah….Maknanya di sini, apa yang didakwa oleh bapa Saiful itu adalah soal kedua dan tidak ada hubungkait dengan dakwaan yang telah dibuat oleh Saiful sebelum ini.
“Umum kita melihat orang yang terlibat dalam kes ini adalah antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan. Mereka inilah perkataannya diambil kira. Dakwaan oleh bapa Saiful adalah dakwaan lain dan tidak membatalkan persoalan pokok,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau seterusnya menambah, bapa Saiful perlu mengemukakan segala bukti dan keterangan yang perlu bagi membuktikan apa yang didakwa itu.
“Sebab itulah saya sebutkan tadi, dakwaan oleh bapa Saiful adalah kes lain. Tidak boleh dikaitkan dengan kes asal,” katanya.
Tambah beliau lagi pihak yang mendakwa dalam persoalan pokok asal telah menyerahkan segala bukti selain bersumpah laknat.
Saiful Bukhari Azlan sebelum ini menyeru rakyat Malaysia agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang dibuat oleh bapanya.
Ujarnya, beliau berasa amat sedih dan dukacita dengan apa yang dilakukan oleh bapanya yang menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar Ibrahim.
“Demi Allah, agama, bangsa dan negara tercinta saya tegaskan tidak sama sekali berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya dan segala keterangan saya di mahkamah juga sumpah laknat yang saya telah lafazkan sehingga akhir hayat,” tegasnya.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*