SYUKURLAH..ZAMBRY DAN NAJIB


اللهم أكثر مالي وولدي وأطل عمري واغفر لي وبارك لي فيما أعطيتني 

(Allahumma Akthir Ma-li Wa Waladi Wa Atil ‘Umri Waghfir Li Wa Ba-rikli  Fi Ma A’tai tani) 
Ya Allah Perbanyakkanlah Harta ku, Panjangkanlah Umur…ku, Ampunilah Daku, Berkatilah Apa Sahaja Yang Telah Kau Kurniakan  Kepada Ku.

Dr. Zambry Abd. Kadir dan  Najib Tun Razak dimajlis JANJI DITEPATI yang berlansung pada 18/10/2012 (Semalam) Di Stadium Mini Majlis Perbandaran Manjung, Perak

Alhamdulillah,  bersyukurlah, apa maksud bersyukur?
Jawapan BIASA: Syukur bermaksud kita berterima kasih kepada Allah..

Teman nak coret² sikit, syukur bukan setakat berterima kasih kepada Allah swt, contohnya andai kata korang tiba tiba jadi kaya raya, lalu ucap: Aku bersyukur kepada Allah swt, sedangkan duit yang banyak tu kome(kamu) simpan dalam bank tanpa bayar zakat atau sedekah, maka pada waktu itu, kome nampak macam bersyukur, tapi syukur korang tu hanya di bibir kerana kome je sebenornya kedekut a.k.a “Tangkey jering”.

Syukur juge merujuk kepada orang²  kaya, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat itu seperti membayar zakat atau membantu mereka yang lemoh, itulah maksud syukur bagi orang² kaya.

Atau nak bagi mudah faham: Maksud syukur adalah keinginan untuk berkongsi nikmat(rejeki) dengan orang lain. Itu contoh syukur merujuk kepada orang  kaya, sekarang teman nak tanya kome, apa maksud syukur bagi orang beriman?

Maksud syukur bagi orang beriman, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat iman itu kepada orang yang belum beriman dengan cara dakwah mereka agar turut beriman dan selamatkan mereka dari azab api neraka, inilah namanya syukur atas nikmat iman. Semua Nabi beryukur atas nikmat iman melalui jalan dakwah…

Hari ini ramai orang islam perasan bersyukur atas nikmat iman, lalu seronok beribadat sehingga lupa nak  dakwah jiran atau kawan, mereka ni sama macam orang kaya yang kedekut tapi perasan beryukur..
Tak paham paham lagi..

Secara ringkasnya, bersyukur bagi orang sihat itu, adalah membantu orang lemah, bersyukur bagi orang kaya, membantu orang susah, dan bersyukur orang beriman, mendakwahkan hak kalimah..

Iatulah maksud Syukur yang mana bila orang kaya bersedekah, Allah janji akan tambah nikmat, menjadi lebih kaya, atau bila orang beriman berdakwah, Allah janji akan tambah nikmat iaitu kekal dalam hidayat..-KM

Firman Allah:
“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amatlah pedih. “( Ibrahim : 7 )

Jadi maksud syukur itu adalah keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain. Macam tu la aku bersyukur dapat pemimpin rakyat macam  Zambry dan Najib Razak yang aku sayangi..1Perak & 1Malaysia berkongsi pemimpin yang bijak, bervisi dan mengutamakan rakyat..

BERTERIMA KASIHLAH KITA KEPADA PEMIMPIN YANG DITAKDIRKAN ALLAH SWT MENJADI PEMIMPIN KITA SAMALAH KITA BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.