Tahniah Belia Malaysiaku


Sehingga 11 September 2012, bilangan pertubuhan belia yang berdaftar adalah sebanyak 8,148. Manakala bilangan belia yang menjadi ahli pula adalah seramai 2.5 juta orang. 
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 413 didapati tidak aktif dan gagal mengemukakan Penyata Tahunan seperti mana diwajibkan semenjak didaftarkan dan langkah ke arah pembatalan sedang dilaksanakan.

Dalam usaha supaya pertubuhan belia tidak terjerumus di dalam pengaruh aktiviti tidak sihat, pemantauan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) terhadap pertubuhan belia dilaksanakan antaranya melalui:


a. Pemeriksaan maklumat yang diberi MYKD pada setiap tahun;

b. Pemantauan ke setiap daerah melalui program naziran; dan

c. Aduan awam serta anggota pertubuhan belia.



Antara Persatuan Belia Yang Bertahan Lama
Selain daripada itu, pemantauan juga dibuat dengan kerjasama pegawai agensi di peringkat Zon, Negeri dan Daerah. Jumlah pertubuhan belia yang menghantar Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) adalah sebanyak 696 daripada 7,713 pertubuhan belia.
Tindakan untuk membatalkan pertubuhan belia yang gagal menghantar MYKD bermula secara berperingkat dengan dimulakan pertubuhan belia yang berdaftar pada tahun 2008.
Pihak Kementerian Belia dan Sukan tidak menyediakan geran tahunan yang khusus dan tetap kepada pertubuhan belia peringkat daerah dan negeri.Seterusnya
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*