Tahniah Ketua Dewan Pas Pusat!!!

Daeng tak rasa la PRU13 ini pakatan pembangkang boleh menakluk negara dengan agenda-agenda yang manifesto bukan janji mereka, contoh yang terang terangan ialah kita lihat cara mereka berkempen dan tidak mustahil ianya bakal jadi “Pecah Dan Perintah” demi mengaut undi dari parti sesama mereka, mereka membawakan bendera parti masing masing dan ini menunjukkan Barisan Nasional hanya terus bernaung dalam satu panji. 


Dan sesuatu yang hampir mustahil PAS, DAP dan PKR mampu duduk dibawah 1 Bendera kononnya pakatan rakyat..ini semua POYO!!!!Baru-baru ini negara digemparkan dengan insiden pencerobohan di Sabah, Umat islam khususnya orang Melayu mengambil berat tentang rasa tanggungjawabnya kepada negara ini tetapi ada manusia seperti Tian Chua yang mempolitikkannya sehinggakan ada diantaranya ahli PR dari PAS rasa ini bukan masalah parti inilah masalah kedaulatan negara..

Tindakkan naip PKR tu menampakkan bertapa mereka tidak pernah kisahkan kecelakan yang menimpa negara hari ini, malah berprasangka buruk terhadap parti lawan demi meraih undi rakyat, bak kata pepatah “terlanjur perahu boleh diundur,terlanjur kata..buruk padahnya”.

Daeng harap sangat dengan para penduduk Malaysia yang berbangsa melayu dan beragama islam mohon meneliti apa yang diwar-warkan oleh para pemimpin parti pembangkang hari ini, didalam sanubari mereka, mereka langsung tidak pernah memikirkan kebajikan rakyat tetapi lebih kepada mahukan pemerintahan negara ini dan meragut hasil bumi bertuah ini.

Daeng bukan ransis, tetapi dimana lagi daeng nak pergi jika negara kita hari ini dijajah, ditendang terajang agamanya kerana ada diantara bangsa daeng sendiri yang mahukan perpecahan ini.

Responde Dari Artikel ini:
Gesaan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) agar seluruh rakyat negara ini berjihad membantu pasukan keselamatan memerangi pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Sabah, menunjukkan pakatan pembangkang tidak sehaluan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, gesaan itu bercanggah dengan tuduhan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menganggap pencerobohan itu sebagai konspirasi UMNO dan kerajaan.
“Mereka tidak sepenuh hati dalam sokongan terhadap kerajaan bagi membanteras pencerobohan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Beris di sini petang hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan ketua DPPM, Nasrudin Hassan menggesa seluruh rakyat negara ini termasuk badan bukan kerajaan menawarkan diri untuk turun berjihad membantu pasukan keselamatan sebagai sukarela di Lahad Datu dan semporna, Sabah.
Nasrudin berkata, ini perlu bagi membantu memelihara kemuliaan Islam, kedaulatan negara dan keselamatan rakyat.
Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, gesaan itu hanya sebagai sandiwara kerana mereka tidak bersepakat memperjuangkan sesuatu isu lebih-lebih lagi membabitkan keselamatan negara.
Katanya, ini berbeza dengan parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) yang mempunyai kesepakatan dan satu perjuangan yang ditunjangi UMNO.
“Adakah rakyat mahu memilih sebuah kerajaan yang tidak mempunyai kesepakatan untuk mentadbir sebuah negara yang berbilang kaum, budaya dan agama,” kata beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok.
Beliau yakin rakyat akan sedar apa yang pembangkang lakukan dan siapa sebenarnya yang layak diberi mandat pada pilihan raya umum ke-13, dalam menjaga kedaulatan negara.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*