Tak Minat Jadi Menteri Besar – Zahid Hamidi

Aku ikhlasnya menyatakan aku menolak secara total andainya MB datangnya dari puak PR sebab cukuplah apa yang dialami rakyat perak sebelum ini walaupon semasa perak ditangan pembangkang aku langsung tak ke hey…now aku ada disini menolong mana yang termampu mematahkan dakyah pembangkang yang kian melampau fitnahnya sehinggakan Parti Diliwat, Agama Dilacur dan Diri Dijual. 

“Melayu Mudah Lupa” memang kekal ada dikalangan sipulan dan sipolan, Pada aku la lantak siapa pun Bakal MB yang penting suara rakyat didahulukan, Memang ada beberapa insiden Masalah Peribadi yang sering dikaitkan kenapa dia tak boleh dan dia ini boleh.

Aku naik getik dengan suara-suara yang mengipas satey ada yang dikipas hingga rentung ada yang masak hahaha…”anak babun dan babi disusukan, anak bujang dirumah cokeng tak makan”

Kalau ada yang kata aku takde pengalaman aje lantak la..kadang-kala yang berpengalaman lebih tu “disuap tak cukup dibelai mampus kering”Daengselili


Isu Siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Perak terus menjadi tajuk isu di negeri Perak entah siapa yang membawa kita pun tak tahu samada pembangkang atau individu tertentu yang suka BN negeri Perak hancur.

Naib presiden Umno, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan mengekalkan jawatannya sekiranya mempertahankan pentadbiran di negeri itu pada Pilihan Raya ke-13.

Terdapat usaha-usaha untuk melaga-lagakan pemimpin Umno di negeri seperti Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Nazri Aziz itu dengan menyatakan kononnya Datuk Zambry tidak sesuai untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

“Ketiga-tiga kami tidak berminat langsung untuk menjadi Menteri Besar kerana kami lebih berminat untuk membantu Menteri Besar,” kata Ahmad Zahid. 

Jelasnya apa yang lebih penting adalah tumpuan gerak kerja bagi memastikan pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Perak dikekalkan.

Jika BN menang semua akan memperolehi faedahnya tetapi jika BN tewas semua yang ada akan hilang sekelip mata, oleh itu semua pemimpin perlu kerja kuat untuk memenangi BN bukannya membuat spekulasi yang tidak mendatangkan faedah.

Sebelum ini, beberapa portal dan blog telah membangkitkan isu calon MB Perak dimana akan berlakunya pertembungan kuasa di antara Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*