“Tak payah nak curi duit Rakyat dan ada kes dengan SPRM” – TMJ #BotakChallenge

Mantan Menteri Belia Pakatan Harapan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganjurkan rancangan mengutip dana awam (yang dianggarkan boleh mencapai sebanyak RM200k) dan beliau berjanji akan membotakkan kepalanya setelah jumlah itu tercapai. Syed Saddiq kebelakangan ini sering mengunakan teknik propaganda untuk meraih populariti sedangkan rakyat telah buka mata apabila sebelum ini pada PRU14 yang lalu telah memberikan kepercayaan kepada beliau dan blok Pakatan Harapan agar meneliti nasib rakyat yang menuntut janji manifestor dilaksanakan.

 

Sebelum ini Syed Saddiq sendiri telah menjanjikan peluang perkerjaan sebanyak 1 juta peluang dan mahu memanggil rakyat Malaysia yang berkerja di Singapura kononnya. Tetapi setelah dilantik menjadi menteri dia sibuk dengan permainan game video (Esport) dan buat buat bodoh terhadap janji janji yang dilafazkan pada ceramah kempen pilihanrayanya lalu. Itu belum lagi cerita bagaimana para peminjam  Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dijanjikan untuk dilupuskan hutang itu oleh pemimpin Pakatan Harapan termasuk beliau sendiri tetapi perkara itu tidak belaku malah isu PTPTN dilarang untuk disebut dalam kempen oleh Pakatan Harapan dan para peminjam dilabelkan tidak amanah kerana pinjam tetapi tidak mahu bayar. Larangan isu pinjaman PTPTN dijadikan manifesto PRU [sumber] 

Kini Syed Saddiq telah meninggalkan Pakatan Harapan untuk (menyucikan diri) bagi mengelakkan dirinya terpalit dengan janji janji kosongnya ketika didalam gabungan Penipu Handalan (PH) itu.

Perkara ini diberi teguran oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam tangkap layar yang bertulis ;

“Tak payah nak curi duit Rakyat dan ada kes dengan SPRM, tak payah nak menipu, tak payah nak belakon, dan tak payah nak botakkan kepala.” – TMJ

Untuk makluman pembaca Syed Saddiq masih lagi disiasat dibawah akta SPRM berkenaan wang yang dilaporkan hilang dari peti simpanan peribadi beliau bernilai RM250k dan menafikan ia adalah wang Parti Duit hilang RM250,000 bukan milik Bersatu: Syed Saddiq [Sumber]

Dan didalam lanjutan siasatan dari kes kehilangan RM250k itu, lebih RM600k ditemui dalam serbuan oleh pihak SPRM Wang tunai RM600,000 di rumah ahli Armada Bersatu dirampas [Sumber]

Admin amat yakin apa yang dimaksudkan oleh TMJ adalah berkenaan laporan yang penulis lampirkan diatas.

“Cukup cukuplah mengguna Orang Muo (Muar) demi kepentingan peribadi. lagi lagi apabila awak itu orang Arab Singapura bukan orang Johor” tulis TMJ

Walaubagaimanapun lontaran TMJ itu amatlah tegas terhadap Syed Saddiq, bagaimana seorang pemimpin tempatan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Istana terutamanya bila dilihat tidak diiktiraf sebagai “Rakyat Sultan” atau merujuk kepada “Bangsa Johor” di negeri yang didiaminya? Syed Saddiq wajar meneliti teguran itu sebenarnya amat serius.

Syed Saddiq mengalami situasi yang amat buruk hari ini adalah kerana sebelum ini beliau terlalu mendewa dewakan Dr. Mahathir Mohamad yang dilihat jelas tidak menghormati dan mentaati Raja Dan Sultan lebih lebih lagi ada tertulis dalam sejarah Negara yang mana Dr. Mahathir sendiri telah Memansuhkan perkenan Raja-raja Melayu dalam pewartaan undang-undang pada tahun 1993 [Sumber]

 

Botakkan Kepala Hanya Alat Tarik Perhatian

Perbuatan membotakkan kepala ini adalah satu bentuk taktik untuk meraih perhatian sepertimana yang dilakukan oleh golongan pro demokratik di Taiwan sepertimana yang dilakukan oleh Isteri Lim Guan Eng (DAP) sebelum ini yang kononnya bersolidariti menentang rasuah sedangkan akhirnya suaminya sendiri disiasat berkenaan pembelian banglo mewah dibawah harga pasaran milik Phang Li Koon yang membawa kepada dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini, di bawah nilai pasaran.

Ajaibnya, Kes ini akhirnya digugurkan lantaran pertukaran kerajaan Pusat kepada Pakatan Harapan yang mana diketika itu Lim Guan Eng menjawat jawatan Menteri Kewangan Malaysia. Mahkamah bebaskan Guan Eng, Li Koon [sumber] 

Pada hermat penulis, jika benar Syed Saddiq bersungguh dalam hal sumbangan ini. Beliau sepatutnya memberikan/dermakan seluruh gajinya untuk kutipan itu. Bukan mengunakan taktik murahan ATAU mungkin Syed Saddiq boleh minta sedikit wang daripada Tabung Pakatan Harapan yang dianggarkan sebanyaknya mencecah RM202,716,775.10 [Sumber]

(Berkontena laptop boleh beli dengan wang sebanyak itu)