Taksub Pada Parti Punca Pencacai Kolot?!

TAKSUB KEPADA PARTI – PUNCA FIKIRAN SEMPIT, Kata Datuk Dr Ismail Ibrahim. Apa pendapat anda?

BANGI: Akibat terlalu taksub kepada parti, sesetengah pemimpin tidak mampu berfikir secara logik sehingga mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ajaran Islam, kata Pengerusi Institut Profesional Baitulmal, Datuk Dr Ismail Ibrahim.

Menurut beliau, sikap taksub itu menyebabkan mereka yang tergolong dalam kalangan orang berilmu itu memberikan pandangan yang condong kepada parti masing-masing dan bukannya menerangkan isu sebenar, termasuk hal berkaitan agama.

"Cuma yang sedihnya ialah tentang orang-orang yang berilmu, umpamanya orang yang berilmu dalam agama. Mereka seharusnya boleh berfikir dan member pandangan yang bernas tapi masalahnya, mereka ini juga berat sebelah ketika mengeluarkan pandangan.

"Jadi dalam hal kalimah Allah ternyata bahawa polarisasi agama ini sudah membezakan antara orang-orang yang jadi pemerintah atau orang-orang yang menjadi pembangkang sebab sudah dipolitikkan begitu rupa," katanya ketika ditemu ramah untuk program Maqasid terbitan Antarapos di sini, baru-baru ini.

Dalam program selama sejam yang membincangkan topik 'Memperkasakan Umat Melayu Dalam Konteks Maqasid Syariah' , Ismail yang juga bekas Pengerusi, Majlis Fatwa Kebangsaan, turut meluahkan kekesalan dengan amalan budaya kepartian dalam keluarga.

Katanya, anak-anak sejak kecil sudah ditanam dan 'dikongkong' dengan budaya negatif oleh keluarga masing-masing.

Jelasnya, perkara berkenaan tidak sewajarnya berlaku lantaran ia menghalang pemikiran anak-anak untuk berkembang bebas, dek kerana terlalu disogokkan dengan 'amalan' keluarga.

"Sekarang pun saya rasa dalam Malaysia, kita mempunyai polarisasi agama yang amat sempit. Jadi polarisasi agama ini berbahaya sebab sekarang ini daripada kecil (usia), katakanlah kita membahagikan keluarga, keluarga dia parti ini, daripada kecil anak itu akan membangun dalam budaya politik kepartian yang taksub kepada keluarga itu.

"Jadi dia tidak ada pandangan yang boleh berfikir sendiri, tidak mempunyai cara untuk mengekspresikan dirinya dalam bentuk yang lebih bebas. Maknanya kalau dia ini, keluarganya dari parti ini maka anak-anak akan terus mengikut. Ini polarisasi.

"Polarisasi ini bahaya sebab tidak memberi kebebasan untuk berfikir secara yang baik," katanya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*