Tambah Waktu Operasi POS !

Kuala Lumpur: Pos Malaysia Bhd akan melaksanakan waktu operasi baru perkhidmatan mel dan kaunter mulai Januari ini. 

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia, Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata pelaksanaan itu bermula serentak di seluruh Semenanjung manakala untuk Sabah dan Sarawak, akan dimulakan pada bulan berikutnya. 

Tambah waktu operasi 
Beliau berkata, perubahan itu juga membabitkan pertambahan waktu operasi selama 30 minit pada hari bekerja di semua kaunter seluruh negara dan akan dikurangkan kepada setengah hari pada Sabtu. 

“Kita juga memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang operasi penghantaran dan pengutipan mel pada hari berkenaan. 

“Usaha ini sebahagian inisiatif Pos Malaysia menyelaraskan operasi mereka, seiring perubahan ke atas penggunaan perkhidmatan mel,” katanya di sini, semalam. 

Mohd Shukrie berkata, perubahan itu diyakini mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan Pos Malaysia, sekali gus memberikan keseimbangan hidup kepada kakitangan supaya mereka mempunyai lebih masa dengan keluarga. 

Mula operasi jam 8.30 pagi 

Serentak dengan perubahan itu katanya, semua cawangan Pos Malaysia di Semenanjung akan beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada Isnin hingga Jumaat dan 8.30 pagi hingga 1 petang pada Sabtu. 

“Untuk Kedah, Kelantan dan Terengganu, waktu operasi dari hari Ahad hingga Khamis,” katanya. 

Beliau berkata, waktu operasi bagi Sabah dan Sarawak akan bermula dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang pada Isnin hingga Jumaat dan 8.30 pagi hingga 1 petang pada Sabtu. 

“Perubahan ini bagaimanapun tidak membabitkan petugas di kaunter di dalam pusat membeli belah. Mereka bertugas seperti biasa pada Sabtu dan Ahad, termasuk menerima barangan untuk penghantaran,” katanya. -BH
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*