Tan Sri Harussani Zakaria dianugerah Bintang Tertinggi Perkasa


KUALA LUMPUR 15 Dis. – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini dianugerah Bintang Tertinggi Perkasa, iaitu bintang paling atas dalam perlembagaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Anugerah itu disampaikan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali di Dataran Astaka Tasik Titiwangsa di sini, sempena Perhimpunan dan Persidangan Agung Tahunan Perkasa Ketiga.
Harussani yang dipilih berdasarkan ketokohan dalam bidang agama dan menjadi individu keempat menerima anugerah itu, selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub. – UTUSAN
Artikel Penuh: Utusan
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Lagi gambar SINI
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*