TANAH: 22 Tahun Diberi Amanah Kepasa PAS

Jika dahulu kami adalah penyokong mereka, hari ini tidak lagi kerana tindakan pemimpin Pas ini dilihat rakus untuk mendapat harta dan kuasa hingga sanggup melakukan apa sahaja


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Minda Pondok hari ini membuat laporan polis berhubung isu pemberian pajakan tanah di Gua Musang kepada syarikat yang dikaitkan dengan dua pemimpin DAP Perak.


Laporan dibuat Ahli Jawatankuasanya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof yang disertai lebih 20 ahli pertubuhan itu di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 9.40 pagi ini.
Menurut Mohd. Syamsul, laporan itu meminta polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.
Beliau berkata, selaku rakyat negeri ini, Minda Pondok tidak membenarkan kerajaan Pas Kelantan memberikan tanah berkenaan kepada dua pemimpin DAP Perak terbabit.
“Pemimpin (negeri) terdahulu tidak pernah berbuat demikian dengan memberi tanah kepada orang luar. Tetapi sebaliknya berlaku di bawah pimpinan Menteri Besar Kelantan (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang memerintah selama 22 tahun.
“Jika dahulu kami adalah penyokong mereka, hari ini tidak lagi kerana tindakan pemimpin Pas ini dilihat rakus untuk mendapat harta dan kuasa hingga sanggup melakukan apa sahaja.
“Semua rakyat Kelantan tidak bersetuju dengan perkara ini walaupun apa alasan yang diberikan kerana masih ramai orang Melayu di Kelantan yang masih mampu dan layak untuk menguruskan tanah tersebut tetapi kenapa harus diserahkan kepada DAP,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini menyiarkan pengakuan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang juga Setiausaha DAP negeri melabur dalam syarikat yang mendapat projek pembalakan di kawasan itu.
Baru-baru ini, blog Pisau.net mendedahkan kedua-dua pemimpin tersebut diberikan tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang oleh Nik Abdul Aziz sebagai balasan membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum 2008.
Namun, Nik Abdul Aziz menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP itu dan mendakwa berita tersebut adalah fitnah.
Mohd. Syamsul menambah, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah dibuat atas dasar kepentingan politik antara Pas dengan DAP.
Selain membuat laporan polis, kumpulan itu turut berhimpun secara aman di hadapan balai polis sebagai membantah tindakan pimpinan kerajaan negeri berhubung isu tersebut.
“Kami cukup kecewa kerana amanah yang diberikan selama 22 tahun oleh segenap lapisan masyarakat dikhianati pemimpin Pas pada hari ini,” kata beliau.


Sumber: utusan 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*