Monday, October 21, 2019

Tanah runtuh di Lombok: Seorang rakyat Malaysia maut, enam gagal dikesan

LOMBOK UTARA — Seorang rakyat Malaysia maut manakala enam lagi tidak dapat dikesan berikutan tanah runtuh di di Air Terjun Tiu Kelep, Senaru Baru, Lombok Utara.

Pengesahan itu dibuat Wisma Putra kepada Bernama berikutan kejadian yang dipercayai berlaku selepas gempa bumi bersaiz melebihi lima skala Richter petang tadi.

Sementara itu, Sin Chew Daily mengesahkan timbalan ketua editor akhbar tersebut Datin Tai Siew Kim disahkan meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

Seramai 22 rakyat Malaysia terperangkap di situ berikutan mereka antara 40 pelancong lain yang sedang beriadah di kawasan berkenaan ketika tanah runtuh.