Tangan Yang Memberi Lebih Baik Dari Tangan Yang Menerima

Di sebalik kemarahan orang ramai terhadap kenyataan Nik Aziz yang menyamakan penerima BR1M Sebagai haiwan, Mursyidul Am PAS itu tetap berkeras dengan kenyataan terdesaknya. 

Bahkan Nik Aziz juga menyalahkan UMNO kerana telah memberikan wang BR1M sekaligus menyebabkan habis seluruh rakyat Kelantan menjadi BINATANG. 
Kata Nik Aziz lagi, Islam tak mengajar bagi duit sebaliknya hanya bagi ilmu. Dan PAS pula memberikan ilmu menerusi ceramah dan kempen. 
Bagaimanapun Nik Aziz tidak pula memberikan komen berhubung adat dan budaya PAS yang meminta-minta sedekah serta mengemis daripada ahli-ahlinya dalam apa juga keadaan. 
Begitu juga dengan konsep SEDEKAH, DERMA dan ZAKAT dalam ISLAM, tidak disentuh oleh Nik Aziz. 
Makin terdesak dah Mursyidul Am PAS yang makin kuat tersasul. Berbanding meminta maaf, Nik Aziz sebaliknya memperkemaskan lagi kesesatannya. – TFK

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*