Tawar RM20 Juta Untuk Ahli Parlimen?

MYR ringgit bills money pile.

Desas desus imbuhan RM20 juta kuat diperkatakan di media sosial. Negara kini dalam keadaan tidak menentu akibat sikap kerakusan ahli politik purba gila kuasa dan terdesak yang mahu menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup mengenepikan soal keselamatan, intergriti dan amanah yang diberikan oleh rakyat.

Mengikut sumber dalaman, Beberapa Ahli Parlimen dari parti parti gabungan didalam Perikatan Nasional ditawarkan jumlah itu kepada mereka untuk menarik sokongan daripada Perikatan Nasional dan memilih calon lain menanti untuk mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kegagalan Kabinet Perdana Menteri tidak berjaya menyakinkan Majlis Raja Raja Melayu untuk mengisytiharkan darurat dijadikan alasan agar Perdana Menteri Malaysia perlu digulingkan waima terpaksa memberikan sejumlah ganjaran kepada ahli ahli parlimen sedangkan ia jelas adalah satu amalan rasuah.

Keputusan arif Majlis Raja Raja Melayu ini dijadikan alasan oleh segelintir pihak yang mabuk kuasa dan masih berpolitik sedangkan negara sedang diancam oleh coronavirus yang hari ini telah meragut ratusan nyawa didalam negara ini. Hal ini turut ditekankan oleh Tunku Mahkota Johor,Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Facebook rasmi Tuanku [sumber]

Antara pemimpin lain yang masih gila kuasa ketika ini antaranya adalah Mantan Menteri Pertahanan yang paling lucu, Muhamad Sabu yang telah dibelasah netizen dilaman twitternya yang menulis mahu Tan Sri Muhyiddin meletak jawatan [sumber]