Tengku Adnan : Pembangkang Kucar Kacir?!

Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah kerajaan yang mempunyai wawasan terancang untuk memajukan negara dan memakmurkan rakyat.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keikhlasan BN dalam melaksanakan tanggungjawab itu tanpa memikirkan ‘survival’ politik parti semata-mata membezakannya dengan parti-parti politik lain.
“Kerajaan ini, walaupun kita tidak sempurna tapi kita nak bawa berubah.
“Kita ingin bergerak ke depan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahukan perubahan yang lebih baik,” katanya semasa berucap pada Simposium Aspirasi dan Kepimpinan Kebangsaan di sini malam tadi.
Beliau menjelaskan, pembangkang lebih fokus kepada kelangsungan parti dan sanggup mengkucar-kacirkan suasana harmoni negara melalui isu-isu perkauman, agama dan bangsa.
Katanya, dalam tempoh lebih 50 tahun BN mentadbir negara, pelbagai kemajuan telah dicapai berbanding pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi gagal melaksanakan janji mereka. – KLPOS

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*