Tengku Maimun Ketua Hakim Negara Baru, Azmin Ali PM ke 8?!

Anwar Ibrahim takkan lupa siapa Tengku Maimun!

Hakim Mahkamah Persekutuan Tengku Maimun Tuan Mat merupakan salah satu daripada tiga nama yang dihantar Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kepada Majlis Raja-Raja untuk dipertimbangkan bagi menggantikan Richard Malanjum sebagai ketua hakim negara, lapor portal The Malaysian Insight.

Tengku Maimun akan menjadi ketua hakim wanita yang pertama negara sekiranya terpilih menggantikan Richard Malanjum.

Tengku Maimun berkhidmat sebagai suruhanjaya kehakiman pada 2006 sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi seterusnya dilantik menjadi hakim Mahkamah Persekutuan Nov 2018.

Menariknya disini Tengku Maimun adalah hakim yang menjatuhkan hukum keatas Anwar Ibrahim (setelah perbicaraan) dalam kes Liwat beliau yang pertama. Adakah lantikan ini akan mendapat tentangan daripada kem Anwar Ibrahim memandangkan Mahathir telah memulakan langkah untuk memastikan Anwar menjadi ‘bakal Perdana Menteri” sekali lagi?

Cadangan ini juga mendapat sambutan oleh bekas Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dilaman Facebook beliau. Tan Seng Giaw adalah orang kuat DAP yang kini berusia sekitar 75 tahun dan telah digugurkan daripada bertanding untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

 

Beliau  telah bertanding dan menang di Kepong sejak 1982 dan sebelum  PRU 14 beliau telah mengeluarkan kenyataannya dengan konsisten berkenaan isu 1MDB bahawasanya DS Najib tidak bersalah dalam skandal tersebut.

“Kita pun ada meneliti apa masalah yang timbul kerana 1MDB dan kalau kita kira 1MDB ada laporan ketua PAC, setakat ini tak diumumkan.

“Tapi saya ada teliti banyak kali isi kandungan 1MDB, laporan 1MDB ketua audit negara didapati kesalahan pokok daripada ketua pegawai eksekutif waktu itu. (Bukan Najib Razak)

“Dan kita dalam PAC buat syor, cadangan supaya adakan siasatan lanjut dan dengan siasatan itu kita berharap dapat mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Kalau kedaulatan undang-undang adalah isu pokok maka seseorang itu sebelum didapati salah oleh hakim bersalah oleh hakim mahkamah, dia tidak bersalah” Ujar beliau.

Sehingga kini tidak ada pihak pun yang dapat menyangkal kenyataan ikhlas beliau bagi tuduhan media terhadap DS Najib Razak.

Pelantikan Yang pastinya sekiranya tindakan Tengku Maimun ini  berjaya. Ia bakal memberikan tekanan kepada Anwar Ibrahim yang kini sepatutnya sedar dia sedang dihambat oleh  agenda Mahathir  yang tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 8.

Antara nama yang bakal mengantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah anak angkat beliau sendiri DS Azmin Ali (mantan Menteri Besar Selangor) yang sebelum ini telah diserang secara terbuka oleh Anwar sendiri ketika Pilihanraya Kecil Rantau yang lalu.

Desas desus adanya tuduhan “Anwar liwat 3” itu admin tak mahu tulis sebab. Nurul Izzah dah surrender awal hari itu, tunggu dia minta ampun pada Najib Razak je..Mahathir tetap Mahathir.