Tentera Mula Kawal Beberapa Kawasan Di Ipoh #PKPD #PKPB #PKP

Malam ini beberapa kawasan di Ipoh, Perak dikenakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 20 November sehingga 3 Disember.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua kawasan yang terlibat adalah di Zon B, Zon C Taman Meru 2C Ipoh.
“PKPD yang dilaksanakan Ipoh melibatkan seramai 2,288 penduduk dan 572 buah rumah bagi kedua-dua lokaliti berkenaan” katanya ketika sidang media pada Rabu (Semalam)
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, kesemua kawasan terlibat akan melalui prosedur operasi standard (SOP) yang sama seperti yang dilaksanakan sebelum ini termasuk waktu urus niaga perniagaan.
Sehingga 16 November 2020, sebanyak 938 saringan telah dilaksanakan dan 76 kes positif COVID-19 telah direkodkan di Zon B, Zon C Taman Meru 2C Ipoh.
Dikongsikan beberapa keping gambar yang menunjukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mula memasang pagar kawad duri di sekitar Zon B dan Zon C, Taman Meru 2C, Ipoh yang dikenakan PKPD selama 14 hari bermula tengah malam ini.
Gambar oleh : Zulfadhli Zulkarnain / BERNAMA
Terus jaga keselamatan diri dan keluarga, jangan keluar rumah jika tidak ada urusan yang mendesak. Kita jaga kita! Terima Kasih kepada semua para barisan hadapan. Harap Kerajaan tak potong elaun mereka dalam bajet 2021.