TERBAIK : Alasan Bodoh Ketua Menteri?!

DALAM negara ini hanya ada satu sahaja negeri dimana kebenaran diperlukan untuk menggunakan nama negeri tersebut, iaitu di Pulau Pinang. Belum pernah berlaku dalam sejarah perkara seumpama ini, kali pertamalah agaknya. Ironinya, yang menetapkan peraturan tersebut bukan orang Pulau Pinang pun, tapi orang Johor!!

Maka itu penulis yakin, penggunaan nama ‘Penang’ pada projek ‘Penang Electronic Park’ bernilai RM 3.4 billion di Wuhu, China pasti berada dalam pengetahuan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang. Apatah lagi yang hadir menandatangani projek tersebut bagi pihak kerajaan negeri ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, Mansor Othman!!

Jadi macam mana Guan Eng kata dia tak tau?

Sama ada Guan Eng ini bodoh, atau dungu atau mana-mana satu di atas. Come’on lah, projek itu bernilai tinggi, billion-billion nilainya, guna nama Pulau Pinang dan ditandatangani oleh Mansor pulak, takkanlah Guan Eng tak tau? Ini Ketua Menteri jenis apa?

Ataupun mungkinkah ini satu lagi kesilapan komputer ataupun typo error? Manalah tahukan, kot-kot pemergian Mansor ke China untuk tanda tangan projek itu, tak dimasukkan atau salah dimasukkan dalam organizer Guan Eng, itu yang tak tahu tu.

Guan Eng, standard lah, kalau bagi jawapan bagi soalan yang boleh jerat leher sendiri, pasti bodoh bunyinya. Semua benda dalam dunia ini salah, yang tak salah dia saja. Pelik kepada kita semua tu, ada juga badigol-badigol yang percaya.

Penulis tak percaya yang si Mansor berani sendiri-sendiri pergi ke China mewakili kerajaan negeri untuk tandatangan perjanjian sebesar itu. Guan Eng pada Mansor ialah tokong yang perlu dihormati dan ditaati, disembah kalau boleh. Gilakah Mansor nak buat sesuatu dalam magnitud ini tanpa pengetahuan Guan Eng.

Rakyat Pulau Pinang patut desak Guan Eng menjelaskan projek ini, apa progressnya dah berapa duit keluar dan sebagainya Tak bolehlah dia taichi masalah ini pada Mansor, ini siapa Ketua Menteri? Masa inilah nak tengok sejauh mana DAP ini telus.





mykmu
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*