Teresa Tiada Aduan Tiada Bantuan?!

DAP Seputeh telah buat satu majlis makan malam bersama pengundi Seputeh yang bertempat di Bdr Baru Sri Petaling. Majlis makan tersebut GR lihat hanya dihadiri oleh puak DAP saja, di manakah masyarakat Seputeh yang terdiri dari pelbagai kaum? Adakah ini satu agenda perkauman yang dilakukan oleh YB Teresa Kok yang hanya tumpukan pada sesetengah pihak saja?

GR yang duduk dalam majlis tersebut tidak mendapat sambutan dari PKR dan PAS WP. Maklumat yang GR dapat dari PAS WP, mereka boikot majlis tersebut kerana tidak dijemput dan jemputan hanya diberikan pada PKR dan YB Nurul Izzah datang pun disaat akhir majlis itu berakhir. Tiada sebarang jemputan diterima untuk tempahan meja pada malam tersebut kepada PAS WP.
Kelakar pun ada bila GR lihat ketika Teresa Kok berikan ucapan, macam bercakap seorang diri. Kesemua hadirin yang hadir dengan selamba seronok menikmati hidangan yang disediakan. GR tidak menjamah hidangan tersebut kerana kebanyakkan tidak halal. Kalau ostad-ostad PAS datang sekali pun mereka boleh balun sama ker? Arak juga selamba disajikan pada kesemua hadirin, nasib baik semua yang hadir puak-puak DAP saja. Kehadiran pun tidak mencapai target yang Teresa Kok ingin kan. Apa citer nie YB? Buat collection untuk dana PRU13, bukankah makan duit rakyat namanya tu.




Lihat video di atas, inikah contoh YB yang korang mahukan. Berkhidmat kepada masyarakat perlu menerima aduan baru nak turun padang? Elooooo YB, zaman sekarang bukan macam dulu la. Lu siapa, besar sangat ka lu punya pangkat? Kalau bukan mandat yang diberikan oleh rakyat Seputeh, lu takkan diangkat menjadi wakil rakyat.

Pembaca lihat sendiri video di atas, Teresa Kok mengaku kalau tak ada complaint dia takkan turun padang. Pemimpin seharusnya turun padang selalu berjumpa rakyat, bertanyakan khabar dan masalah. Bukan rakyat yang sibuk nak pi cari lu kat mana YB!! – Gossip Rakyat
*Mengelupur main tuduh orang, hahaha…kepala dia ingat logo tu semua duk cerita pasal dia..Tua reput!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*