Terowong Dasar Laut Membazir – Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk membina terowong dasar laut sebagai satu pembaziran duit rakyat.


“Saya tidak tahu apa perlunya pembinaan terowong itu. Kalau kita nak mengelak kapal daripada nak lalu, ikut mana pun kapal sudah tersekat dengan jambatan sedia ada,” katanya.

DR. Mahathir Mohammad bersalaman dengan oarang ramai selepas memberi ucapan dalam majlis bersama warga ATM di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, pembinaan jambatan adalah lebih murah berbanding pembinaan terowong yang menelan kos yang tinggi.
“Ini sengaja nak membazir duit rakyat. Tidak ada alasan yang munasabah bagi pembinaan tersebut,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Seroja, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.
Guan Eng baru-baru ini bertegas untuk meneruskan projek mega bernilai RM6.3 bilion itu, yang mengandungi pembinaan terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer (km).
Pembinaan tersebut bermula dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Butterworth, jalan pintas sepanjang 4.6km dari Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Bandar Air Itam dan jalan empat lorong sepanjang 12km menghubungi Tanjung Bungah ke Teluk Bahang.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*