Tian Chua Dilarang Masuk Sabah?!

Kecoh habis hari ini (semalam) pasal Tian Chua dihalau pulang dari Sabah. Baru je mendarat kat Kota Kinabalu, pegawai imigresen dah menahan Tian Chua dan Mat Sabu di airport. Mat Sabu dibiarkan lepas untuk memberi ceramah manakala Tian Chua dinasihatkan pulang ke KL agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku di sana.

Salah siapa? Diri sendiri juga yang mulut terlalu celupar dengan mengaitkan kematian pegawai polis dalam insiden Lahad Datu dengan konspirasi UMNO.
Itu lagi dok meroyan tak tentu pasal dekat twitter dan instagram. Semasa dalam pejabat imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), gambar Tian Chua dikatakan ditampal di papan tanda pejabat tersebut dan tertulis DIKEHENDAKI?? Dah macam penjenayah pulak dia ni. Tapi memang dia seorang bekas banduan. Jangan lupa.
Bagi aku, tak perlu rasanya nak kecoh sangat pasal penghalauan secara terhormat ni. Ini untuk kebaikan Tian Chua jugak. Karang tak pasal-pasal putus kepala kat Sabah tu tak ada siapa pulak yang nak cakap ini semua konspirasi UMNO. Ke nak buat wasiat dulu, sebelum mati kena tetak tulis siap-siap INI SEMUA KONSPIRASI UMNO!!!
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*