Tian Chua Ke Mahkamah

Pada jam 11.20am(Khamis) pertuduhan terhadap Chua Tian Chiang @ Tian Chua Ahli Parlimen Batu telah dibacakan pertuduhan di bawah seksyen 4 (1) b akta hasutan 1948, di Mahkamah seksyen jenayah 6, Aras 3 di hadapan hakim Haji Mohd Sakeri Bin Mamat. Empat tuduhan menghasut isu tembak menebak di Lahad Datu sebagai sendiwara kerajaan.
Peguanbela N.Surendren, Peguam yang mewakili Tian Chua meminta tertuduh dibebaskan atas bond sendiri dan latar belakang tertuduh adalah Ahli Parlimen Batu merangkap Naib presiden PKR . 
Tertuduh telah bermastautin seumur hidup dalam Malaysia dan tertuduh juga telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan polis. Tiada kemungkinan tertuduh melarikan diri. Tuduhan ini tidak ada merit langsung dan tidak ada kepentingan .Pihak pendakwa perlu buktikanya kerana tuduhan di bawah Akta hasutan 1948 adalah di zaman penjajah dan penjajah tidak pernah menggunakan Akta ini.
Perdana Menteri Malaysia telah pun keluarkan kenyataan pada tahun 2012 bahawa Akta Hasutan 1948 akan di mansuhkan, peguambela Tian Chua menyeru kepada mahkamah supaya tertuduh dapat di bebaskan.
Hakim berkata jaminan yang ditawarkan oleh pendakwa adalah munasabah berserta dengan bukti dan keterangan yang akan di kemukakan . Akta ini bukan Akta jajahan dan masih berkuatkuasa sehingga kini. Hakim juga memutuskan bahawa tertuduh boleh di ikat jamin RM5000 dengan seorang penjamin. Tarikh sebutan semula kes pada 12 April 2013.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*