Tidak Puas Hati Calon Dari Pakatan Mula Bergaduh?!

SPR telah pun menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon, manakala 5 Mei 2013 ditetapkan sebagai hari pengundian. Tarikh 30 April 2013 untuk proses pengundian awal (pengundi pos) yang terdiri daripada anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan pengundi luar negara.

Dengan penetapan tarikh ini bermakna ia akan menyemarakkan lagi bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan kempen perang bendera akan memasuki fasa yang lebih meriah sementara menantikan hari penamaan calon dan pengundian.

Gambar Hiasan
Namun demikian belum pun tiba tarikh-tarikh itu, suasana politik semasa sudah agak hangat apabila sana sini ramai pemimpin politik khususnya dari PR sibuk bercakaran sesama sendiri kerana merebutkan kawasan yang ingin ditandingi.

DAP yang merupakan abang besar dalam PR semakin berani menerjah kawasan yang sepatutnya ditandingi oleh PKR, PAS yang terasa dipijak-pijak selama ini mula menonjolkan belangnya menuntut diri dihormati. PKR yang terasa besar dari yang lain makin terasa cabaran rakan-rakan sepakatan. Baca seterusnya…






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*