Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang UMNO

Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan.

Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1). Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional)

2). Haram dimakan daging binatang sembelihan orang 
Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
sembelihannya.

3). Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).

4). Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan 
(UMNO- Barisan Nasional).

5). Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6). Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan 
(UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam.

7). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan
mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat 
orang Pas.

8). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh 
tuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu. [Cerita Penuh]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*