Wednesday, September 18, 2019

Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Anuar Tahir “claim credit” & berbohong ketika berkempen di #PRKSemenyih

Menurut laporan SelangorKini Anuar Tahir ketika berucap di Semenyih malam tadi mendakwa beliau dan YB Baru Bian adalah Timbalan Menteri dan Menteri Kerja Raya pertama NAIK BAS periksa jalan. Siap kata “mana ada menteri & timbalan menteri lain di dunia naik bas macam mereka berdua”

Ini link penuh pembohongan Anuar Tahir :
https://selangorkini.my/2019/02/menteri-naik-bas-lebih-1000km-periksa-jalanhttps://selangorkini.my/2019/02/menteri-naik-bas-lebih-1000km-periksa-jalan

Sama ada Anuar Tahir saja nak MENIPU untuk meraih sokongan pengundi di Semenyih, atau saja nak CLAIM CREDIT atau dia memang BLUR tak tahu program FTRoadpedia (yang mana Menteri menjelajah check jalan dgn naik bas) itu bukan program baru dan bukan idea Menteri PH pun. Kita tak kisah malah berterimakasih bila Menteri PH nak teruskan idea Menteri sebelumnya, tapi JANGAN SAMPAI MENIDAKKAN usaha pemimpin sebelumnya.

FTRoadpedia tu 100 peratus adalah cetusan idea DS Fadillah Yusof dan DS Fadillah telah naik bas ke seluruh Semenanjung, Sarawak & juga di Sabah.

Malah DS Fadillah juga drive sendiri untuk periksa jalan buat spot check di laluan Pan Borneo Sarawak dan di beberapa laluan di Semenanjung. Bukan takat spot check beliau akan minta tindakan segera diambil jika SOP tidak dipatuhi.

Bagi Program FTRoadpedia, bermula dengan naik bas ke FTRoadpedia Zon Tengah pada Ogos 2016; diikuti FTRoadpedia Zon Timur 23 hingga 25 Februari 2017; FTRoadpedia Zon Selatan 7 hingga 9 Mei 20-9; FTRoadpedia Zon Utara 24 hingga 26 Julai 2017; selain Jelajah Pan Borneo 4-6 Feb dan beberapa lawatan tapak juga DS Fadillah naik
bas.

Untuk makluman YB Anuar Tahir program FTRoadpedia Zon Timur 2.0 itu pun DS Fadillah suruh buat cuma kami tak sempat buat disebabkan PRU-14.

Beliau mahu selepas FTRoadpedia peringkat zon diadakan pula FTRoadpedia ke negeri-negeri ke arah memartabatkan Jalan Persekutuan “tanpa tol” dan mempromosi tempat menarik di sepanjang jalan persekutuan.

Begitu juga Jelajah Pan Borneo DS Fadillah mahu diteruskan di Sarawak dan Sabah untuk memantau sendiri pelaksanaan projek.

Saya kongsikan gambar-gambar DS Fadillah naik bas ketika menjadi Menteri Kerja Raya

Oleh Misiah Taib

*Nota kaki:
Apa sahaja sembang pemimpin PhDAP untuk menunjuk kehebatan diri mereka sebenarnya tanpa mereka sedar telah mendedahkan kebaikan kepimpinan dalam kerajaan BN dahulu yang tidak pernah diwar-warkan atau sengaja diperlekehkan. Mereka tidak melakukannya, hanya bercakap kononnya mereka lebih baik.

Maklumat PRK DUN Semenyih:
http://pakdin.my/tag/prk-semenyihhttp://pakdin.my/tag/prk-semenyih

Leave a Reply