Tips Blogger : Gambar Percuma

Bagi anda yang selalu menghadapi masalah untuk mendapatkan gambar-gambar yang menarik untuk digunakan di dalam artikel di dalam blog, terdapat beberapa laman web yang menyediakan servis mencari imej-imej menarik ini khas untuk anda.
Gambar-gambar yang akan dipaparkan pada laman web ini adalah percuma dan anda perlu berikan kredit (dalam bentuk pautan) kepada si pemilik foto sebagai tanda menghormati karya mereka.
Berikut merupakan 3 laman web royalty free stock photo yang boleh anda gunakan:
#1 – Photopin
Melalui Photopin, hasil carian akan memaparkan foto-foto menarik daripada halaman perkongsian foto popular, Flickr. Anda boleh lihat terlebih dahulu foto-foto ini melalui fungsi pra-lihat yang tersedia dan muat turun imej tersebut secara terus melalui pilihan muat turun yang disediakan.
#2 – Free Image Works
Melalui Free Image Works, anda juga akan mendapat imej-imej yang menarik. Juga terdapat imej dalam bentuk vektor. Yang membezakan gambar-gambar di sini dengan Photopin adalah, setiap gambar mempunyai watermark dan anda tidak dibenarkan untuk memadamnya.
#3 – Free Digital Photos
Melalui Free Digital Photos, anda akan memperoleh imej yang cantik dan professional. Namun, kekurangan padanya adalah, fail imej yang tersedia sedikit kecil daripada biasa. Foto-foto di sini sesuai untuk gunakan sebagaithumbnail image kepada artikel di blog anda.
Penting – Hormat Karya Mereka
Walaupun kita dibenarkan untuk menggunakan imej-imej daripada laman web seperti ini, itu tidak bermakna kita boleh sewenang-wenangya menggunakan sama seperti foto kita sendiri.
Jadi, adalah satu tindakan yang baik jika kita boleh letakkan pautan kredit kepada si pemilik imej-imej ini sebagai tanda hormat kita kepada empunya hak milik dan hak cipta gambar tersebut. Anda boleh gunakan format seperti yang digunakan di akhir artikel ini.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai laman web yang boleh membantu anda mendapatkan imej-imej yang cantik dan menarik. Mungkin selepas ini anda boleh meninggalkan cara lama – carian melalui enjin carian yang anda sendiri kurang pasti sama ada gambar-gambar tersebut boleh digunakan ataupun tidak.
Kredit foto: Gianni Dominici.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*