Monday, October 21, 2019

Tujuh tong sisa kimia ditemui, satu lagi kes di Pasir Gudang?

Penemuan tujuh tong biru berhampiran Sungai Kim Kim di sini menimbul kebimbangan penduduk setempat mengenai kemungkinan satu lagi pencemaran toksik.

Cecair dari tong berkenaan, yang ditemui dibuang bawah jambatan yang menghubungkan Taman Tanjung Puteri dan Taman Pasir Putih, mengalir ke sungai hingga menimbulkan bau tengik.

“Kami menjumpai tong-tong ini Khamis lalu dan memaklumkan pihak berkuasa mengenainya tetapi tiada tindakan diambil,” kata Ahmad Roh Ariffin, penduduk Taman Tanjung Puteri Resort.

“Penduduk di sini bimbang kerana bau itu benar-benar teruk dan terdapat beberapa penduduk yang mengadu mengalami kesukaran bernafas dan mual,” katanya.

Sisa kimia yang didakwa dibuang secara haram ke Sungai Kim Kim pada 7 Mac lalu mengakibatkan lebih 1,000 orang termasuk pelajar berdepan masalah kesihatan.

http://pakdin.my/tag/pencemaran-toksik