Tun Daim Ramal Kedah Dan Selangor Bakal Terlepas?

Dalam temuramahnya dengan media Cina, Tun Daim Zainuddin meramalkan bahawa BN mempunyai peluang untuk menawan balik Selangor dan Kedah sekiranya mereka boleh menampilkan seorang calon menteri besar yang berwibawa.

Selain itu, Daim menjangka persaingan yang sengit di Perak meskipun harapan BN mungkin lebih cerah sedikit berbanding Pakatan.
Beliau juga berpendapat BN tidak akan mampu mempertahankan sesetengah kerusinya di Johor serta tidak yakin BN akan dapat merampas semula Pulau Pinang atau Kelantan.
Peluang BN menawan balik kerusi DUN Selangor
Di bawah ialah jadual beberapa kerusi yang terlepas daripada genggaman Umno dalam PRU12.
Umno telah hilang kerusi-kerusi campur tersebut pada tahun 2008 angkara pemilih kaum Cina dan kaum India menolak parti pemerintah.
DUN-DUN yang ditandakan biru mungkin pulang ke pangkuan Umno atas perhitungan BN akan dapat meraih sokongan mantap pemilih Melayu serta menarik balik sokongan kebanyakan kaum India.
Kerusi-kerusi yang ditonjolkan (‘highlight’) warna biru di bawah terletak di kawasan-kawasan yang mana golongan pemilih Cina kurang 20 peratus. Dengan itu, faktor ketaksuban masyarakat Cina kepada DAP tidak akan mempunyai kesan yang mendalam. Seterusnya…

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*