Tun Mahathir Dedah Kroni Dalam PKR


Nepotisme dan kronisme akan berleluasa dalam Kabinet jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi amaran selepas tidak lamaa selepas ketua pembangkang tersebut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya 2013.
Mantan perdana menteri itu terus menyerang bekas timbalannya dan menuduh Anwar memfitnah anaknya dalam usaha pakatan pembangkang memperhebatkan cubaan menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).
“Parti Keadilan milik Anwar Ibrahim,” kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc, merujuk kepada PKR.
“Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun,” katanya lagi.
Dr Mahathir juga berkata Anwar menubuhkan parti politik dan mahu menjadikan isterinya sebagai presiden, dan anak perempuannya sebagai naib presiden, serta kawan baiknya sebagai timbalan presiden. Seterusnya….

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*