Tun Mahathir : Melayu Mengemis Ditanah Melayu

Masih kita ingatkah kenapa Jalan AMPAS di Singapura ditutup sehinggakan semua pekerja distudio tersebut disuruh pulang ke tanah Melayu untuk berkerja di Merdeka Studio?

Secara kasarnya STUDIO Jalan AMPAS ditutup adalah disebabkan Kesatuan Perkerja Terdiri dari Melayu mula bersatu menentang Lee Kuan you [SINI]

Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan masyarakat Melayu kini sebagai ‘pengemis politik’ yang memerlukan sokongan kaum lain untuk menjaga kepentingan mereka.


Katanya, perkara itu berlaku kerana kekuasaan politik Melayu kini semakin terhakis apabila mereka terpecah kepada tiga parti berbeza iaitu UMNO, PAS dan PKR.
Perpecahan itu, menurutnya, berlaku kerana para pemimpin Pembangkang seperti Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang ghairah mengejar kekuasaan serta ‘berebut-rebut’ menjadi Perdana Menteri jika Pembangkang memenangi Pilihanraya Umum nanti….
Beliau berkata, perpecahan itu menjadikan kelompok-kelompok Melayu semakin banyak dan muncul sebagai golongan minoriti politik sehingga sukar untuk menjaga kelangsungan mereka seperti di zaman penjajahan British dan Jepun dahulu.
“Melayu kini terpecah kepada tiga dan lawan sesama kita, jadi macam Arab apabila Sunni lawan Syiah, mereka bukan lawan ‘orang putih’ dan ini membuatkan Barack Obama Presiden Amerika Syarikat dan David Cameron Perdana Menteri Britain tepuk tangan….!
“Di Malaysia macam itu juga, kita berpecah, jadi lemah.., jadi pengemis dan perlu sokongan orang lain untuk nak jadi pemerintah,” katanya ketika berucap dalam program ‘Perlembagaan Malaysia: Masa Depan Keselamatan Negara’ anjuran Kelab Pembangunan Insan Bandar Tun Razak di sini hari ini.[sumber]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*