Tun Mahathir Sifatkan Nasharudin Membuktikan Sikap Toleransi

PAS sewajarnya memandang positif terhadap penyertaan bekas Timbalan Presiden Parti itu, Nasharudin Mat Isa yang menyertai delegasi ke Gaza sebagai model perpaduan serta membangkitkan semangat kerjasama di antara Hamas dan Fatah.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Nasharudin membuktikan sikap toleransi salah seorang Pemimpin Pembangkang yang mempunyai ruang jalinan persefahaman bersama Kerajaan Pusat dari sudut keamanan sejagat.


“Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)…kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku ‘Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration’ di sini, semalam.


Akan tetapi, Dr. Mahathir tidak menyekat malah tidak campurtangan terhadap sebarang tindakan PAS bagi menukar platform perjuangannya.


Nasharudin telah dilucutkan jawatan sebagai Anggota Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan.


Keputusan yang berkuatkuasa pada 13 Januari lepas menerusi mesyuarat Badan tersebut telah dipengerusikan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. klpos

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*