TUN Mahathir: Tiada Kebaikkan Pebangkang

“Sekiranya kerajaan tidak memberi perhatian dan tidak membantu rakyat, sudah pasti rakyat akan bangun dan menentang.

“Tetapi di Malaysia sejak merdeka, kita bagi tanah, wujudkan peluang-peluang pekerjaan, buka universiti dan tawarkan biasiswa untuk rakyat hidup lebih sempurna. Jadi, mengapa rakyat mahu mengikut contoh seperti negara luar yang bangun dan gulingkan kerajaan.
“Sekiranya mahu menggantikan kerajaan sedia ada dengan pembangkang, saya tidak nampak kebaikan yang ada pada pembangkang. Apa yang ada adalah air kotor. Di Selangor walaupun tak ada masalah air kotor tapi mereka tidak bekerjasama dengan kerajaan untuk mengatasi masalah air yang bakal kita hadapi di masa hadapan. Mahu tidak mahu mereka harus bekerja sama dengan kerajaan pusat,” – Mahathir. 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*