Tun Razak Rasmi Kilang Arak

Allahyarham Tun Razak Hussein

Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein (11 Mac 1922 – 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau terkenal dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB; 1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah dalam ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme, perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai ” Bapa Pembangunan”.

Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar, Perak. Selepas pendidikannya tamat di MCKK, beliau bertugas dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada tahun 1940. Walaubagaimanapun, sesi pengajiannya terpaksa ditamatkan kerana tercetusannya Perang Dunia II (WW II).

Selepas Perang Dunia II, beliau merantau ke Nigeria (pada tahun 1947) untuk belajar jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut di United Kingdom, beliau bertemu dengan Tunku Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), beliau dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku Abdul Rahman yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Di samping itu, beliau juga menubuhkan “Forum Malaya”, sebuah wadah perjuangan untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara untuk penuntut-penuntut di Malaya. Pada tahun 1950, beliau menerima ijazahnya daripada Lincoln’s Inn di London, United Kingdom.

Habis menamatkan pengajiannya beliau pulang ke Malaya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya (Pemerintahan British) dan bergiat aktif dalam bidang politik. Disebabkan keupayaan politiknya, beliau dilantik menjadi ketua pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dua tahun kemudian, beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pahang dan kemudian, pada Februari 1955, beliau menjadi Pemangku Ketua Menteri Pahang sewaktu berumur hanya 33 tahun. Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya (PRU1) pada Julai 1955, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Beliau juga menyertai misi Februari 1956 yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya daripada pihak British. Akhirnya Persekutuan Malaya dimerdekakan British pada 31 Ogos 1957, manakala Sabah dimerdekakan pada 31 Ogos 1963. Sarawak pula mendapat kemerdekaan lebih awal daripada Sabah, iaitu pada 22 Julai 1963. (Kiranya kini, Malaysia adalah sebuah negara baru yang TIDAK PERNAH DIJAJAH). Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan. Pencapaian-pencapaiannya yang utama termasuk perumusan dasar pembangunan yang dikenali sebagai “Buku Merah”.

Malaysia pernah belaku perselisihan kaum yang tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya tahun 1967(Peristiwa berdarah 13 Mei 1967), keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Tun Abdul Razak sebagai ketuanya. Beliau mengisytiharkan Keadaan Darurat dan memerintah Malaysia sehingga 1970. Beliau adalah orang yang menjemput Dr Mahathir Mohamad lantaran disingkir pada 1969, kembali ke pangkuan UMNO gara gara surat peribadi beliau (Mendesak letak jawatan) kepada Tunku Abdul Rahman.

Pada 22 September 1970, beliau mengantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau menjadi terkenal terutamanya selepas pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan “generasi kedua” ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman.

DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu menghapuskan kemiskinan dan pengenalpasti fungsi ekonomi antara kaum. Beliau telah menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan Parti Perikatan. Beliau juga menambah ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya “Ketahanan Nasional” melalui kestabilan politik.

Perancangan manusia hebat, tetapi perancangan Allah SWT jauh lebih hebat. Disebabkan penyakit leukemia, beliau meninggal pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan perubatan di London. Beliau disemadikan di berdekatan Makam Pahlawan yang berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Selepas kematiannya, beliau dianugerahkan dengan gelaran ‘Bapa Pembangunan’

Itulah antara jasa jasa Allahyarham Tun Razak Hussein yang mungkin ramai tahu akan kehebatan tokoh ini yang juga ayahanda kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak atau kini popular dengan gelarann ‘Bossku’.

Artikel kali ini admin ingin memberi penjelasan berkenaan tomahan palsu yang berlarutan dalam 10 tahun kebelakangan ini akibat kerancakan teknologi internet khususnya yang menyebabkan ramai menabung dosa dengan membuat berita berita tidak sahih dan palsu lantas menjadi fitnah kepada sekumpulan besar ahli politik di negara ini tidak terkecuali orang yang telah lama pergi turut menjadi bahan fitnah hanya kerana berbeza fahaman politik.

Tun Razak Rasmi Kilang Arak

Pasti ramai yang mengikut arena politik negara ini pernah melihat gambar ini, ini adalah plaque perasmian sebuah kilang bernama Carlsberg Brewery Malaysia Berhad yang dirasmikan oleh Allayarham Tun Abdul Razak pada 15 April 1972. Persoalannya, sehingga hari ini tidak ada seorang yang berusaha dan mendedahkan kepada umum apakah perjanjian dan produk asal yang dikeluarkan oleh syarikat ini walaupun pada masa ini Carlsberg cukup dikenali sebuah syarikat pengeluar arak. Adalah tidak adil untuk menuduh dan melontarkan tomahan kepada Allayarham Tun Razak sedangkan ia seorang Islam.

Mari kita rujuk semula pada tahun 1966 dimana ada juga dimainkan oleh Facebooker antaranya Otai Bersih yang suka melemparkan fitnah bertali arus perihal ‘Kilang Arak’ ini.  Gambar di bawah ini adalah gambar gambar majlis perasmian kilang Guiness di Sungai Way pada tahun 1968. Dan ia dirasmikan oleh Presiden UMNO yang Kedua merangkap Perdana Menteri yang pertama. Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Dalam mencari kebenaran akan perkara yang cukup sensitif bagi umat Islam di negara ini, sehingga hari ini pemilik dan penyebar gambar gambar ini tidak ada mengeluarkan apakah diskipsi yang lengkap dalam perjanjian syarikat tersebut dibenarkan beroperasi di sebuah negara yang baru merdeka diketika itu.

Gambar gambar ini dimainkan dan disebarkan sedangkan tidak ada satu sumber yang jelas akan dakwaan mereka tersebut. Disebabkan ia kilang Guiness. Tahukan mereka produk syarikat Guiness diketika itu yang menyebabkan ia dibenarkan malah dirasmi oleh seorang yang berjawatan Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimana persepsi anda para pembaca melihat poster / iklan didada akhbar ketika zaman itu seperti gambar dibawah ini, adakah itu arak ataupun hanya air tonik yang menjadi trend diketika itu. Adalah agak tidak masuk akal sebuah negara yang majoritinya Orang Melayu Islam boleh berpusu pusu ‘Syarikat Arak’ mahu membina kilangnya di negara ini kecuali ia sebuah syarikat yang membuat minuman tonik ataupun kilang air botol kaca (sebab zaman itu bukan mudah nak buat kilang botol kaca)

Apakah mesej dan maklumat yang tidak kita ketahui minum apakah yang viral diketika itu? Samalah persoalan yang admin ingin ajukan apakah syarat perjanjian, produk yang dikeluarkan, jumlah yang dikeluarkan, untuk pasaran tempatan atau import dan hal hal yang tidak dinyatakan. Yang ada cuma beberapa keping gambar tidak disertakan butiran yang jelas secara langsung menjadi bahan fitnah kepada 2 pemimpin Islam yang disegani di negara ini.

Arak (al-khamar)

Dari Sudut Bahasa Pemakaian istilah arak dalam bahasa Arab atau bahasa al-Quran dikenali sebagai alkhamr. Manakala dalam penggunaan bahasa Inggeris, ia di sebut alcoholic beverages. Arak dari segi bahasa ialah menutup, dimaksudkan menutup adalah sesuatu yang menutup akal dan memabukkan yang dihasilkan daripada perahan anggur dan lain-lain.

Manakala menurut Ibn Manzur, arak bererti campuran. Dalam erti kata lain, arak merupakan setiap minuman yang memabukkan kerana ianya menutup akal atau menghilangkan kewarasan akal.

Ibn al-`Arabi berpendapat dinamakan arak kerana menghilangkan kewasaran akal. Begitu juga pandangan Ibn Manzur mengatakan ia dinamakan arak kerana menutup akal dari berfikir dan menghilangkan daya pertimbangan bagi peminumnya.

Al-Fairuz Abadi berpendapat bahawa arak secara umum bermaksud sesuatu yang memabukkan dan menghilangkan kawarasan akal serta dibuat daripada perahan anggur. Ini lebih tepat kerana arak daripada anggur diharamkan di bandar Madinah.

Rujukkan :

– Muhammad Rawas Qal`arji (Dr )(1996), Mu`jam Lughah al-Fuqaha‟. Beirut: Dar al-Nafais, h. 179.;
– Sa`di Abu Jayb (2003), Al-Qamus al-Fiqhi Lughah wa Istilahan. Damshik: Dar Fikr, h. 123.
– Ibn Manzur (1993), Lisan Al-Arab, j.4. Beirut: Muassasah al-Tarikh al-`Arabi, h.211.
– Muhammad al-Zuhayli (Dr), (2008), Al-Mu`tamid fi al-Fiqh al-Syafi`e, juz. ke 5, Damshik: Dar alQalam, h. 219.
– Sabib bin Ali al-Hasiri (t.t), Al-Khamr. Mekah al-Mukaramah: (t.p), h. 31.
– Ibn Manzur (1993), op.cit, h.211.
– Wuzara al-Awqaf wa al-Shu‟un al-Islamiyyah (1993), al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah, juz. 5, c. ke 4. Mesir:
Dar al-Sofwah, h.12; Muhammad Rawas Qal`arji (Dr )(1996), op.cit., h. 179

 

Semoga Allah swt melindungi kita semua.

Wallahualam..