@tunfaisal : Moderator Forum Fitnah UMB?! #rempuh243 #jomsokongbn #ilovebn

Moderator fitnah UMB dalam forum http://mforum5.cari.com.my ?!

Dalam aku duk berblogwalking aku terbaca satu entry rakan blogger teman si budaksrikinta.blogspot.com yang mengulas artikel dari blogger Kinta-menjerit.blogspot.com  [klik untuk artikel] beliau membidas Milosuam menfitnah UMB dengan memaparkan gambar yang didakwa war-room/cyber-room cybertrooper Unit Media Baru (UMB).

Saje aku selidik kemana posting ini dilemparkan. jeng jeng jeng..rupanya ada forum yang depa guna untuk menanam fitnah dikalangan pembaca forum. ini artikel yang ditulis dalam forum :


Hebat! Suasana dalam makmal cybertrooper Umno…!!!

SALAH seorang sahabat pembaca yang mendakwa dirinya merupakan salah seorang bekas cybertrooper Umno, di bawah seliaan Unit Media Baru, UMB mendedahkan gambar makmal UMB.
Menurutnya, makmal UMB Umno dilengkapi deretan komputer untuk semua cybertroopers upahan menjalankan tugas. Kebanyakkan mereka ditugaskan menyebar propaganda di facebook.
Di bawah ini gambar yang dikirimkan oleh beliau. Pengirim memaklumkan, dia sudah tidak lagi bersama Unit Media Baru, UMB dan berjanji akan mendedahkan semua maklumat tentang cybertroopers upahan ini termasuk blogger dan lain-lain.
Antara maklumat yang dimaksudkan adalah, nama blog, alamat, gambar, no telefon, dan lain-lain bagi memudahkan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengambil tindakan saman ke atas mereka yang gemar menabur fitnah di dunia internet.
Selepas ini jika ada mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat yang mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas cybertroopers Umno ini, tugas sudah semakin senang kerana semua maklumat mereka ada dalam simpanan.
adakah cybertroopers di forum cari ni dalam gambar di atas? – SUMBER

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.