Ujian Poligraf Atau Sumpah Laknat?!

Sebenarnya sumpah laknat sepertimana yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan adalah langkah terbaik bagi menyokong segala dakwaan oleh Azlan Mohd Lazim yang sebelum ini antara orang yang paling lantang mempertahankan anaknya.

Bayangkan dalam sekelip mata, beliau berubah daripada orang yang sering mempertahankan anaknya, tiba-tiba mendakwa Saiful telah digunakan pihak tertentu untuk memusnahkan karier politik Anwar menerusi tuduhan liwat kedua.
Justeru jalan terbaik adalah mengambil jalan serupa atau pendekatan sama yang telah dibuat oleh anaknya, Saiful Bukhari dalam usaha menguatkan segala dakwaan beliau itu, kata bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.
“Jika beliau gagal berbuat demikian, masih ada peluang lain seperti ujian poligraf iaitu pengesanan pembohongan sekiranya tidak mahu melakukan sumpah laknat sebagaimana yang didesak pelbagai pihak.
“Ujian poligraf ini sangat penting bagi menyokong dan meyakinkan seluruh rakyat khususnya menafikan sumpah Saiful dahulu yang mana turut disaksikan sendiri oleh Azlan. Jika beliau gagal berbuat demikian pelbagai tafsiran dan tanggapan akan diperkatakan umum,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Anuar seterusnya menegaskan masyarakat inginkan kepastian kerana apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kekeliruan.
“Ini kerana masih kita ingat bagaimana beliaulah orang yang cukup lantang memperkatakan tentang dakwaan anaknya sebelum ini. Tiba-tiba kali ini lain pula jadinya dan perubahan yang cukup ketara.
“Itu semua masih kita tidak lupakan dan atas dasar itulah sumpah laknat atau sekurang-kurangnya menjalani ujian poligraf bagi menyokong dakwaaan terbaru beliau itu,” katanya.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*