Ulamak Paling Zuhud ka?

Nik Aziz Ulamak Paling Kaya Di Malaysia

Selama 22 tahun Kerajaan PAS Kelantan menguasai negeri Cik Siti Wan Kembang sejak 1990, antara projek pembangunan yang agak dekat di ingatan tapi jauh dari hati rakyat ialah skandal penyelewengan tanah Ladang Rakyat di Selatan Kelantan.

Semasa ura-ura Ladang Rakyat mahu diwujudkan oleh Kerajaan PAS Kelantan, pemimpin PAS negeri mmenyebarkan cerita propaganda konon dengan pembukaan ladang itu nasib rakyat di kawasan Selatan Kelantan terutama sekali Gua Musang dan Kuala Krai akan terbela, jauh lebih baik berbanding peneroka FELDA.
Rakyat di gula-gulakan dengan janji manis akan memperolehi tanah yang luas terbentang setiap orang, sebuah rumah, peluang pekerjaan di ladang serta mendapat faedah keuntungan dividen RM200.00 setiap bulan.

Selama bertahun-tahun kemudiannya apa manfaat dan faedah yang rakyat khususnya peserta Ladang Rakyat dapat rasai? Mereka cuma dapat RM200.00 dividen sebulan sahaja. Lain-lain janji bulan bintang yang ditaburi hanya kelihatan dalam gambaran fikiran sahaja. Tiada hak milik tanah kecuali untuk segelintir kroni parti dan pemimpin PAS Kelantan, tiada rumah dibina untuk mereka hatta peluang bekerja di Ladang Rakyat pun hanya terhad untuk 282 orang sahaja.Tapi disebalik semua itu, diam tak diam, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berpeluang pula memiliti lot-lot tanah di kawasan Ladang Rakyat, diikuti dengan isterinya yang turut memiliki tanah di kawasan tersebut.

Tanpa perlu meneroka tanpa setitik peluh jatuh ke bumi, kini Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000 menjadi milik Nik Aziz.[LAGI SINI]



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*