Umat Islam Disaran Mendirikan Solat Hajat!

Ketika Nik Aziz, si Mursyidul Am PAS dengan bantuan anak lelakinya yang telah merampas kedudukan penyandang kerusi Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah, cuba untuk menggambarkan UMNO sebagai sebuah parti khurafat, bidaah, sesat dan kafir, lain pula pendapat guru-guru sekolah pondok dan institusi agama Islam dari Kelantan sendiri.

Sedikit berbeza berbanding pada pertengahan 1970-an sehingga awal tahun 1990-an dahulu, PAS sekarang tidak lagi berani melakukan pentakfiran atau pengkafiran UMNO secara berterus-terang, sebaliknya cuba bermain-main dengan istilah dan pendekatan mantik yang kononnya amat dimahiri oleh Nik Aziz.

Bagaimanapun, keadaan sudah berbeza. Kalau dahulu, apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Nik Aziz tidak akan dibalas, disanggah mahupun dilawan secara berterus-terang kerana gambaran ULAMA yang dilekatkan ke tubuh badannya, kini lebih ramai yang berani bangkit untuk membidas Nik Aziz dengan hujah yang lebih akademik bersandarkan kepada al Quran, hadis Nabi s.a.w dan kitab-kitab muktabar.

Justeru, satu sidang akhbar telah diadakan sempena Persidangan Ulama-Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz Peringkat Kebangsaan 2013 di Hotel Harvard, Gurun pada 8 April lalu.
Sidang media tersebut telah dihadiri seramai 50 orang peserta. Antara mereka termasuklah Ustaz Abdullah Saamah, Pengasas Pondok Geting Tumpat yang juga menjadi musuh utama Nik Abdul Aziz kerana kritikan-kritikan keras selain pendedahan-pendedahan tentang penyelewengan akidah yang dilakukan oleh PAS dan Nik Aziz. Turut sama adalah Ustaz Harun Yahya yang merupakan Pengasas Minda Pondok Bangi, Selangor.
Seperti biasa, Abdullah Saamah mengutuk persekongkolan PAS dengan DAP. Pada masa yang sama, dia sekali lagi memperingatkan umat Islam tentang pelbagai jenis fatwa mengarut yang keluar dari mulut Nik Aziz. Justeru, dia mengingatkan umat Islam agar menolak, menyanggah dan menentang fatwa-fatwa mengarut yang hanya bersandarkan kepada nafsu serakah bukannya untuk kemaslahatan ummah.
Abdullah Saamah juga menegaskan yang Nik Aziz sebenarnya sedang bertindak dan hari-hari terakhirnya dengan mendekati kesesatan. Pun begitu, Nik Aziz tidak sahaja alpa, sebaliknya turut mengajak umat Islam sama-sama terjun ke lembah kesesatan sepertinya.
PAS yang pernah disertai oleh Abdullah Saamah juga menurutnya, telah melangkaui sempadan sebagai gerakan agama, sebaliknya menjadi sebuah organisasi yang mempromosikan kesesatan. Gabungan PAS dengan PKR dan DAP, telah menjelaskan kedudukan serta belang sebenar PAS yang tidak pernah peduli dengan umat Islam, mahupun agama Islam, sebaliknya sentiasa akur, menurut dan taat dengan sebarang perintah pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.
Justeru katanya lagi, umat Islam wajib menolong dan menyokong UMNO serta Barisan Nasional agar agama Islam memandangkan umat Islam tidak mempunyai pilihan lain setelah PAS memilih untuk menjadi sesat yang menyesatkan.
Begitu juga dengan pendapat seorang lagi tokoh sekolah pondok iaitu Ustaz Harun Yahya. Menurut Ustaz Harun Yahya, perkara pertama yang membuktikan PAS sebagai sebuah organisasi sesat yang menyesatkan ialah apabila PAS bersetuju agar KALIMAH ALLAH disekutukan dengan kehendak musuh-musuh Islam dalam Bible versi Bahasa Melayu tetapi enggan menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible-Bible versi Bahasa Cina, Bahasa Tamil, apatah lagi Bahasa Inggeris.
Ustaz Harun Yahya menegaskan, apa yang dilakukan oleh PAS itu sebenarnya adalah langkah-langkah utama untuk menjadikan agama Islam sebagai setaraf dengan agama-agama lain atau lebih tepat lagi disebut sebagai PLURALISME agama. PAS telah menyertai PKR dan DAP untuk memperjuangkan pluralisme agama di negara ini.
Tindakan tersebut merupakan JENAYAH TERBESAR yang dilakukan oleh PAS kepada umat Islam dan agama Islam di negara ini. Walhal PAS bukannya tidak tahu, antara lain agenda Yahudi dan Zionis adalah dengan menjadikan Islam sebagai setaraf dengan agama-agama lain. PAS bukannya tidak sedar, agenda Zionis dan Yahudi adalah memperemeh-remehkan agama Islam dan umatnya. 
Disebabkan tindakan PAS itulah, DAP dan PKR begitu berani memperjuangkan hak untuk memurtadkan umat Islam di negara ini. Justeru, menurut Ustaz Harun Yahya, umat Islam di negara ini tidak termakan dengan dakyah PAS kononnya mereka menegakkan Islam walhal perkara utama yang mereka lakukan adalah mengembangkan ajaran MENYENGUTUKAN ALLAH TAALA.
Tegas Ustaz Harun Yahya lagi, apa yang dilakukan oleh PAS bukannya satu isu politik semata-mata, sebaliknya ianya melibatkan isu akidah dan agama Islam. Oleh kerana itu, HARAM BAGI UMAT ISLAM menyokong mahupun mengundi PAS, PKR dan DAP.
Umat Islam, katanya lagi, perlu melakukan solat hajat di seluruh negara mulai saat ini, menjelang PRU dan selepas PRU agar Allah Taala memelihara golongan yang mengucapkan kalimah Thoiyibbah terpelihara daripada agenda pemurtadan oleh Yahudi dan Zionis yang turut dibantu oleh PAS. 
sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*