UMNO Buat Masjid Bukan Demi Allah Atau Islam?!

Tok Guruh senaja mahu memecahbelahkan umat Islam dengan pendapat yang tidak berhati-hati, Meskipun beliau boleh dikatakan antara alim ulama PAS yang disegani kononnya, Beliau seharusnya berhati-hati dalam percakapan beliau,Tuduhan beliau begitu menunjukkan dia tidak bercakap dari perspektif seorang ahli ulama yang tahu hukum hakam dan tidak semberono mengulas/menghakimi perbuatan orang lain yang secara total menuduh niat orang lain tidak betul sedangkan yang menghakimi niat sesorang itu adalah Allah SWT. Tok Guruh bila dikecam ramai penyokong yang marah, tapi bila tok guruh kata begini..siapa-siapa tak berani nak jentik hidung tok guruh ini? 

Setelah menuduh solat orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.
“Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar.
“Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil ‘sambil menyelam sambil minum air’. UMNO pula ‘sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri)’. Bukan setakat minum sahaja, makan besar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu dekat sini, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam.
Mengenai dakwaannya itu, Nik Abdul Aziz dengan angkuh mempertahankannya dengan menegaskan, orang UMNO bermakna orang yang menolak Islam dan sembahyang mereka sememangnya tidak akan memperoleh sebarang ganjaran pahala.
Beliau berkata, orang Melayu sepatutnya menerima Islam dengan sepenuhnya dan menolak Islam bermakna mereka turut menolak Allah SWT.
Dakwaan Nik Abdul Aziz itu dibidas banyak pihak terutama golongan ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman dan Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyifatkan manifesto yang diumumkan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat malam tadi sebagai mengarut.
“Buatlah apa sahaja, asal tolak Islam semuanya mengarut,” katanya. – Sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*