UMNO Haram Jadah

Babi Haramjadah Punya Umno!!!

Itu lah salam yang diberikan kepada aku di awal awal pagi ni. Belum sempat aku nak duduk sebelah man, aku dah dimaki oleh man dengan sumpah seranah. Tapi aku tetap bertenang dan menjawab wa’alaikumsalam man.

Man terdiam sekejap bila aku menjawab salam biadapnya dengan baik. Terus aku tanya man, apa halnya man kau marah marah aku ni. Aku ada buat silap ke man? Terus man menjawab, ini semua umno punya pasal babi anak haram punya umno, maki si man lagi. Aku masih boleh bersabar walaupun semua pelanggan di gerai makan itu memerhatikan kami yang dah macam nak berperang.
Dengan nada lembut aku bertanya lagi. Apa masalahnya man, cuba kau ceritakan pada aku. Apa salah aku man sampai kau maki aku di pagi pagi ni?
Man dalam keadaan tak reda marahnya lagi terus bertempik. Ini semua babi anak haram umno haramjadah punya pasal. Aku tadi kena saman dengan polis pasal roadtax aku mati. Aku baru je dapat duit hasil tolong kawan aku dipasar borong subuh tadi. Cadangnya dengan duit tu la aku nak renew roadtax keter aku bila pejabat insuran bukak pukul 9 karang. Abis kalau dah kena saman macamana aku nak renew insuran dan roadtax aku tu. tentu le aku kena bayar saman dulu baru boleh renew semua kejadah tu, tempik si man lagi. 
Taukay kedai menjenguk kepalanya keluar dapur tersentak agaknya bila man menjerit tadi.
Kalau udah polis yang saman kamu kenapa pulak kamu marah umno? Tanya aku lagi. 
Jawab man, Tentu la salah umno sebab sebab pasal umno la aku tak boleh bayar roadtax insuran. Orang umno yang jadi menteri kewangan. Menteri kewangan tu pulak yang arahkan bank negara buat undang undang supaya setiap kereta yang berumur lebih 10 tahun wajib bayar insuran keretanya dengan nilai kereta rm12ribu walaupun kereta aku tu nilai semasa cuma seribu sahaja skarang. Idak ke zalim namanya tu? Ada ke patut kereta yang bernilai seribu perlu bayar premium insuran dengan nilai premium rm12ribu? Tahun lepas aku cuma kena bayar rm200 sahaja untuk insuran tapi tahun ni aku kena bayar rm300.
Aku masih boleh bertenang lagi sebab aku dah tahu apa masalah man yang sebenarnya. Oooooo….. Begitu ceritanya man. Jadi bukan lah aku ada buat salah ngan kamu yek? 
Bukan salah kamu tapi salah umno pukimak haramjadah tu lah, jerit si man lagi.
Aku dah ada poin nampaknya nak balas perbuatan man tu. hehehe…. Aku pun maki man pulak dengan menyebut nama kudin. Pukimak haram jadah punya kudin jerit aku sekuat hati. Kali ni semua pelanggan di warung tu terkejut beruk sampai ada yang terjatuh dari kerusi kerana tersentak dengan jeritan aku. Mereka tentu ingat kali ini aku pasti bertumbuk dengan man.
Terpinga pinga Man terkejut, apa pasal pulak kau marah kudin tapi tujukan marah kau pada aku? Apa pulak salah aku? Aku pun cerita la pada man sebab aku marah kudin. Kamu tau tak man, semalam anak kudin main basikal ngan anak aku. Ditolaknya anak aku sampai terjatuh.
Abis tu apa pulak kena mengena dengan aku, balas man. 
Aku balas balik,Tentu la ada kena mengena sebab kamu kawan kudin. Terdiam man.
Begini la man, itu lah perasaan aku bila kamu maki hamun aku tadi. Ok la man kita lupa yang itu, skarang kita bincang macamana nak selesai masalah kau ni. Kalau kau jerit pekik kat sini pun masalah bukannya boleh selesai. Macam gini la. Sat lagi kau terus pergi buat insuran ngan road tax keter kau tu. aku yakin saman kau tu tak masuk dalam sistem JPJ dan trafik lagi pagi ni. Kau terus je buat, jangan tangguh tangguh lagi. 
Pasal saman kau tu pulak nanti kita cari rumah siapa siapa nak memotong rumput kita ambik upah potong rumput. Dapat dalam 5 buah rumah pun dah cukup nak bayar saman kau tu. Jangan khuatir man, aku sendiri akan tolong kamu potong rumput bior cepat siap dan cepat kau boleh bayar saman. Rumah pertama yang kau kena pergi ialah rumah aku. Kau tolong potong rumput umah aku tu. lepas tu kau pegi umah mak aku lak potong rumput laman umah mak aku. Lepas umah mak aku kau pegi umah adik ngan abang aku. Kau cari satu rumah je lagi untuk cukupkan upah untuk bayar saman tu. macamana man, ok ke?
Man tertunduk diam. Sebaik sahaja dia mengangkat mukanya keatas aku tengok matanya bergenang dengan air mata. 
Terima kasih Akop, kata man. Aku terhutang budi dengan kamu.
Udah le tu man. Kamu tu kawan aku, tentu le aku bantu kamu. Begitu jugak le dengan pemimpin umno, mereka juga akan bantu kawan mereka. Kita tak boleh marah kalau mereka bantu kawan mereka. Kalau kita marah nanti mereka pulak marah aku sebab aku bantu kamu ni…… Hahahahaha…. Gelak man bila aku cakap macam tu.
Abis tu man, kamu marah lagi ke pada umno? Man tersenyum dan menjawab, aku akan undi UMNO pada pilihanraya akan datang ni sebab kamu Akop…. 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*