UMNO Punca Hudud Tidak Dilaksana?!

Seorang penyokong PR kepala yang telah di brain wash dek pemimpin taraf dewa yang suka menunding jari kepada orang lain.Beliau hari ini dalam hujahnya dia dakwa UMNO tidak menyokong PR sekiranya PR mendapat 2/3 dalam PRU13.


PAS mengharapkan sokongan UMNO dalam pelaksanaan Hudud Islam (bukan hudud PAS) tetapi hudud yang cuba dilaksanakan dalam draf PAS adalah hudud yang membenarkan sesuatu yang salah disisi syarak dan tidak bertepatan dengan kehendak Hudud yang sebenarnya.

Satu perkara yang Hadi sorok dari pengetahuan penyokong PAS! Hudud boleh dilaksanakan bila mana rakyat terutamanya umat islam hari ini bersedia dari pelbagai aspek termasuk ekonomi. Bersediahkan umat islam hari ini?! Kalau pendominasi ekonomi iaitu orang bangsa cina hari ini tutup kedai. Kemanakah hala umat islam di Malaysia?
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan
negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak). 

“Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu. 

“Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan. 

“Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

“Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan,” katanya.   

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. – Bernama

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*