Undi Tidak Percaya Hanya Alat Politik?

Apa itu UNDI TIDAK PERCAYA?
UNDI TIDAK PERCAYA merupakan satu penyataan atau undi yang menyatakan bahawa seseorang dalam kedudukan tanggungjawab (kerajaan, pengurusan, dan lain-lain) tidak lagi dianggap sesuai untuk memegang jawatan tersebut, termasuk disebabkan tidak layak dalam hal tertentu, gagal melaksanakan kewajiban, atau membuat keputusan yang dianggap merugikan.

Apa pengakhiran UNDI TIDAK PERCAYA ini?
Dalam Sejarah Malaysia, Tidak pernah ada usul tidak percaya terhadap mana-mana Perdana Menteri berlaku di Dewan Rakyat sehingga kini. Hal ini jelas ia hanyalah retorik politik untuk menyalahgunakan sidang Dewan Rakyat oleh ahli politik untuk berpolitik walaupun seluruh dunia kini sedang menghadapi pandemik COVID-19.

Jika dilihat rekod sebelum ini Anwar Ibrahim adalah individu yang suka mengunakan ‘Usul Tidak Percaya’ semasa era pemerintahan DS Najib Razak dan juga Tun Mahathir Mohamad, Dan ia hanyalah tinggal kata kata.

Apakah posisi Undi Tidak Percaya Dalam Perundangan Negara?
Di dalam Perlembagaan Persekutuan Dan Negeri serta Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat tidak mempunyai sebarang peruntukan khusus berkenaan prosedur bagi menentukan kepercayaan atau hilangnya kepercayaan kepada kerajaan. Jelas disini UNDI TIDAK PERCAYA ini adalah sesuatu dakyah politik untuk menyalahgunakan Dewan Rakyat oleh ahli Politik.

Apa belaku jika UNDI TIDAK PERCAYA ke atas Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dibuat?

Jika UNDI TIDAK PERCAYA belaku sekalipun dan seandainya beliau hilang undian majoriti, Perdana Menteri tetap boleh terus mengekalkan jawatannya dan ia tidak menyalahi mana mana fasal dalam Perlembagaan Persekutuan Dan Negeri ataupun Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. UNDI TIDAK PERCAYA hanyalah retorik ahli politik yang setiap hari mahu memperbodohkan rakyat dan hanya mahu memalukan Perdana Menteri.

Adakah UNDI TIDAK PERCAYA bakal belaku?
Pada pandangan peribadi penulis, UNDI TIDAK PERCAYA tidak belaku kerana kini rata rata wakil parti politik telah menyatakan ketaatan Raja dan Negara dengan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, menitahkan agar ahli-ahli Dewan Rakyat memberi sokongan kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi negara.

Titah DYMM YDP itu sudah menjawap segalanya. Undi Tidak Percaya Hanya Alat Politik..