Video Amah Lambung Bayi

Lagi bayi didera pembantu rumah. Kali ini dilakukan oleh seorang pembantu rumah warga Indonesia kepada seorang peniaga di Bukit Setongkol, Kuantan yang melakukan aksi yang boleh dianggap tidak ada langsung sifat seorang manusia yang berakal.

Mangsa adalah seorang bayi yang baru berusia 4 bulan. Bayangkan bayi berusia 4 bulan dilambung-lambung, kesannya mampu mendatangkan kecederaan otak. Tulang temulang yang masih lembut, tempurung kepala yang belum keras, kesan deraan pastinya mampu menggelapkan masa depan bayi terbabit.

Kes seumpama ini mampu membuatkan hati ibu bapa yang melihatnya luluh dan terkedu. Apatah lagi perbuatan terkutuk pembantu rumah berusia 24 tahun itu dirakam di ruang tamu rumah disaksikan sendiri oleh majikannya di sebuah restoren melalui komputer ribanya kira-kira jam 7.45 pagi.

Bayi lelaki itu dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan dilaporkan stabil. [Bernama]

Ini terpengaruh dengan Mail Lambung ke hapa????? Macam binatang……!!!!!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*