VIDEO: Mat Sabu Syiah


Agak² la mat sabu ine…aku paling meluat tgk kalau si boroi nie naik pentas dan mula mengutuk orang lain mcm la dia tu baik sangat..kelakah plak tgk muka penjilat bini kawan ini bersuara tentang islam & agama kononnnya

“Saya bukan nak memerintah..saya nak cari makan” – mat sabu (1990-an)




KUALA LUMPUR – Di saat hampir seluruh dunia mengutuk perbuatan Presiden Syria, Bashar al-Assad yang dilihat kejam terhadap rakyatnya, TImbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dilaporkan telah mengadakan satu kunjung hormat dengan bertemu dengan beberapa pimpinan kanan Assad di Damsyik tidak berapa lama dahulu.

Laporan lawatan tersebut telah didedahkan oleh ‘Abuaqif’ melalui rakaman laporan berita Syria yang disebarkan melalui laman Youtube. Rakaman yang berdurasi selama 3.02 minit itu telah dimuat naik di dalam laman Youtube pada 14 November yang lalu.

Selaku Timbalan Presiden di dalam Pas, kunjung hormat Mat Sabu itu telah mendapat liputan yang meluas oleh media Syria sebagai tanda sokongan parti Islam yang kononnya mewakili rakyat Islam di Malaysia.


Menurut laporan berita tersebut, Mat Sabu dilaporkan menyelar tindakan kerajaan Arab Saudi kerana enggan membenarkan jemaah Syria menunaikan haji dengan berkata perkembangan tersebut adalah amat bahaya.

“Sesuatu yang pelik apabila kerajaan Arab Saudi menghalang jemaah haji Syria daripada menunaikan haji. Ia tidak dapat diterima sama sekali” katanya ketika ditemuramah oleh pemberita dari negara tersebut.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini membekukan kouta jemaah dari Syria sebagai tanda bantahan ekoran kekejaman yang dilakukan oleh rejim Bashar terhadap pengikut ahli Sunnah wal Jamaah.

Pengerusi Majlis Ulama Syria, Sheikh Muhammad Ali Al Sabuni ketika lawatan ke negara ini juga pernah menceritakan mengenai kekejaman yang sering terpaksa di tanggung rakyat Sunni di Syria.

Beliau mengatakan wanita dan kanak-kanak Syria dirogol di hadapan suami dan bapa mereka malah perbuatan melampau demikian turut dilakukan di dalam masiid ahli Sunnah wal Jamaah. Malah ramai antara mereka disembelih tiap hari namun mereka tidak menerima bantuan atau perhatian sewajarnya dari dunia termasuk dari media.

Menurut Syeikh Muhammad, kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat fahaman Sunni oleh regim syiah Bashir Al Assad adalah jauh lebih teruk dari apa yang di lakukan Israel ke atas rakyat Palestin. Situasi di Syria bukanlah satu konflik antara Syiah dan Sunni kerana konflik menggambarkan dua pihak yang sama kuat bertelagah. Tetapi di Syria, rakyat yang lemah dibunuh dengan kejam hanya kerana mereka berfahaman Sunni.

Mengikut rekod, krisis tersebut sehingga kini dilaporkan telah mengorbankan hampir 44,000 orang dan mengakibatkan seramai 509,559 penduduk Syria yang didaftarkan sebagai pelarian dan ditempatkan di beberapa pusat pelarian antaranya Lebanon, Iraq, Turki dan Afrika Utara.

Persoalan timbul, apabila di akhir kunjungan hormat dan lawatan tersebut Mat Sabu seolah menyokong dan bersetuju tindakan kerajaan Syria yang berfahaman Syiah.

Presiden Pas, Dato Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai krisis di Syiria mengutuk perbuatan tersebut dan mengharapkan agar Basyar diturunkan.

“Kita sudah awal (lagi) mengadakan perbincangan (dengan) Ikhwanul Muslimin dan parti-parti Islam yang lain. Kita minta supaya hak rakyat Syria diberi. Basyar (perlu) diturunkan, dia tak layak lagi memimpin negara.

“Dia adalah kumpulan minoriti yang sangat kecil, (hanya) 10 peratus sahaja (sokongan). Tak ramai dan bergerak atas (sokongan) tentera. Sebab itu kita mahu supaya, hak diberi kepada rakyat Syria dan kita tidak mahu pertumpahan darah itu berlaku (dan) yang menjadi korban itu rakyat” tegasnya ketika sidang media di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58.

Hadi juga sebelum ini pada pernah dengan nada lantang menulis di dalam blognya yang mengesa agar regim Bashar di turunkan.

“Kami berpendapat bahawa Regim Bashar wajib diturunkan oleh rakyat Syria dan digantikan dengan kumpulan Islam tulen dengan proses demokrasi yang sebenarnya dan adil. Campur tangan asing hendaklah ditentang habis-habisan.

“Kerajaan Islam Iran juga hendaklah menarik sokongannya terhadap regim yang zalim itu, demi menjaga maruah negara itu kepada umat Islam. Negara-negara Arab dan berjiran seperti Turki pula jangan menjadi hamba kepada negara Barat yang menjaga keselamatan Israel, minyak dan gas, dan bukannya ikhlas terhadap rakyat Syria yang dizalimi” tegasnya di dalam tulisan yang dipaparkan dalam blognya pada 5 November yang lalu.

Namun apabila diminta mengulas mengenai lawatan timbalannya sejurus selepas perjumpaannya dengan pimpinan Pemuda Pas Selangor baru-baru ini, Hadi hanya sekadar berkata “biarlah, dia buat itu atas kapasiti peribadi”.

Ternyata nada yang sebelum ini lantang dan tegas, terpaksa ‘dilunakkan’. Yang menjadi tanda tanya ialah, apakah pendirian sebenar Pas berhubung krisis Syria menyokong atau sebaliknya?[Sumber]

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*