VIDEO : Ratusan Warga China Ditahan Di Cyberjaya

Akhirnya terjawab juga persoalan kenapa kawasan Wisma Mustapha Kamal dan NeoCyber di Cyberjaya “secara tiba-tiba” dipenuhi dengan warga China sejak beberapa bulan lalu.

Hasil serbuan yang dijalankan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia ke atas premis yang disyaki menjadi markas sindiket scam online (Forex) yang didalangi warga China di Cyberjaya:

680 orang suspek warga China ditahan.  8,230 telefon bimbit, 174 laptop and 787 komputer dirampas.

Pihak kedutaan China telah dimaklumkan berkenaan kes ini.

Video oleh @nazamozir
Sumber FB Cyberjaya Info

ada admin membaca komen netizen berbunyi :

“Mengapa mereka ini dihalau/ditangkap? mereka menyumbang kepada pendapatan negara, adakah kerana warna kulit? perkauman?”

admin tak tahu dimana manusia itu tingga sehinggakan sanggup mempertahankan pendatang asing yang membuat jenayah di Malaysia dengan bermain sentimen perkauman kononnya yang di tahan tersebut berbangsa China.

Pendatang asing itu ditahan kerana didapati terlibat dalam aktiviti haram yang mana secara tidak langsung ia bukan menjana pendapatan negara jauh sekali mewujudkan peluang perkerjaan di negara ini. individu  warga negara yang terlibat termasuk pemilik premis perlu disiasat sedalam dalamnya kerana ini adalah satu pencabulan kedaulatan negara ini.

mereka bukan sahaja menetap disini dan menikmati segala kemudahan untuk rakyat Malaysia malah mereka mencabuli undang undang dinegara ini. Kepada penyokong Kerajaan terutama D4P adalah wajar kamu berfikiran MALAYSIAN didalam perkara ini kerana hanya “warganegara yang berfikiran pendatang” sahaja sanggup mempertahan kan mereka.